Terkini
Loading...

IKlan

Semasa

Sihat & Cantik

Aneka Tips

Hiburan

Random Post

Terkini

Cara Menghapuskan Jerawat Mengikut Cara Rasulullah SAW

Cara Menghapuskan Jerawat Mengikut Cara Rasulullah SAW



Manfaat Minyak Wangi Zarirah Untuk Mengubati Jerawat
Apabila anda sudah jemu dengan berbagai produk penghilang jerawat moden yang tidak kunjung hilang juga permasalahan jerawat anda. Cubalah mengikuti apa yang di sarankan Rasulullah SAW.
 Isteri nabi bercerita, suatu hari Rasulullah SAW menemui mereka. Rasulullah kemudian melihat diantara jari mereka tumbuh butir seperti jerawat. Rasulullah lantas bertanya, “Engkau mempunyai minyak wangi dzarirah?” Mereka menjawab ya, lalu Rasulullah berkata “Letakkan di jerawatmu seraya membaca doa, ‘Ya Allah yang mengecilkan yang besar dan membesarkan yang kecil, kecilkanlah jerawatku ini’.”
Hadis yang di akui oleh Adz-Dzahabi atas dikeluarkan oleh Al-Hakim. Adz Dzahabi mengatakan kesahihannya, meski Imam Bukhari dan Imam Muslim tidak mengeluarkannya. Sedangkan dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim diriwayatkan, Siti Aisyah menceritakan dirinya yang memegang minyak wangi zahrirah meletakkan minyak itu seperti suruhan Rasulullah. Peristiwa itu terjadi pada hajjatul wada’ (haji perpisahan) untuk melakukan tahallul (mencukur rambut) dan ihram.

Berdasarkan dari paparan sejarah diatas, maka cara Rasulullah menghilangkan jerawat adalah dengan menggunakan Minyak Wangi Zarirah. Minyak Wangi Zarirah terbuat dari sari batang tumbuhan Dzarirah (pohon arum) yang bersifat panas dan kering.
Oleh kerana itu, cara ini dapat digunakan untuk menghilangkan jerawat dari berbagai jenis, mulai dari jerawat kecil, komedo, hingga menghilangkan jerawat batu secara islamik. Tidak hanya mampu menghilangkan jerawat, minyak wangi Dzarirah juga ampuh untuk mengatasi keradangan, kekurangan air di dalam tubuh bahkan dapat pula menguatkan jantung.
Cara Menghilangkan Jerawat dengan Minyak Dzarirah
  • Bersihkan wajah dengan pembersih wajah yang memiliki pH rendah
  • Sediakan minyak Zarirah secukupnya
  • Sapukan minyak Zarirah yang telah disediakan menggunakan cutton bud pada wajah seraya membaca doa menghilangkan jerawat
  • Pastikan posisi tidur anda selesa dan berusaha untuk tidak banyak bergerak ketika tidur
  • Setelah bangun dari tidur, bersihkan wajah dengan air bersih, dan lihatlah perubahannya.
Doa Menyembuhkan Jerawat dan Bisul Seperti Sunah Rasulullah

Kita bukan saja perlu menyapu Minyak Zarirah pada wajah yang berjerawat, tetapi kita juga harus membaca doa kepada Allah SWT agar jerawat pada wajah akan hilang. Berikut ini merupakan doa untuk menyebuhkan jerawat dan bisul.
Meskipun cara ini memberi kesan yang lebih lambat dari rawatan moden atau ubat-ubatan moden, ubat jerawat tradisional mengikut cara Rasulullah SAW ini telah terbukti ampuh dan telah popular pada zaman itu. Semoga bermanfaat.

*MINYAK ZARIRAH kini boleh didapati di platform Shopee Malaysia & Lazada Malaysia. Taip sahaja kata kunci ' Zarirah Acne oil' atau 'Minyak Jerawat Zarirah' Inshallah anda akan ketemu seller-seller yang menjual produk ini. 


Setiap pertemuan adanya perpisahan

Setiap pertemuan adanya perpisahan



Di mana ada pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Di mana ada awal, pasti akan ada akhir. That’s life. Ketika akhir sebuah perjalanan akan menjadi awal perjalanan yang lain, dan sebuah perpisahan akan menjadi pertemuan dengan sesuatu yang baru. And that’s more about life.
Di dalam hidup, banyak orang yang datang dan pergi

Allah telah menjumpakan kita dengan orang-orang yang Dia telah gariskan dalam catatan takdir

Mereka pun datang silih berganti

Ada yang melintas dalam segmen singkat, namun membekas di hati.

Ada yang telah lama berjalan beiringan, tetapi tak disadari arti kehadirannya

Ada pula yang begitu jauh di mata, sedangkan penampakannya melekat di hati.

Ada yang datang pergi begitu saja seolah tak pernah ada.

Semua orang yang pernah singgah dalam hidup kita bagaikan kepingan puzzle

yang saling melengkapi dan membentuk sebuah gambaran kehidupan

Maka sudah fitrah, bila ada pertemuan pasti ada perpisahan..

Di mana ada awal, pasti akan ada akhir.

Akhir sebuah perjalanan, ia akan menjadi awal bagi perjalanan lainnya,,,

Sebuah perpisahan,  ia akan menjadi awal pertemuan dengan sesuatu yang baru…  well, That’s life must be

Ketika akhir sebuah perjalanan akan menjadi awal perjalanan yang lain, dan sebuah perpisahan akan menjadi 

pertemuan dengan sesuatu yang baru. And that’s more about life.

Kalau kita tidak bisa berjumpa lagi di dunia, moga Allah mengumpulkan kita di jannah (surga).
Semoga kita teringat akan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menerangkan mengenai tujuh golongan yang akan mendapatkan naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain dari-Nya. Di antara golongan tersebut adalah,
وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِى اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ
Dua orang yang saling mencintai karena Allah. Mereka berkumpul dan berpisah dengan sebab cinta karena Allah.” (HR. Bukhari no. 660 dan Muslim no. 1031)
Orang yang mencinta akan dikumpulkan bersama orang yang dicinta di akhirat kelak.
Dari Anas bin Malik, beliau mengatakan bahwa seseorang bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Kapan terjadi hari kiamat, wahai Rasulullah?”Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, “Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?”Orang tersebut menjawab, “Aku tidaklah mempersiapkan untuk menghadapi hari tersebut dengan banyak shalat, banyak puasa dan banyak sedekah. Tetapi yang aku persiapkan adalah cinta Allah dan Rasul-Nya.”Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata,
أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ
Kalau begitu engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai.” (HR. Bukhari no. 6171 dan Muslim no. 2639)
Yang kami harap, moga persaudaraan kita tidak hanya di dunia, namun berakhir pula di jannah. Di dunia -selama hidup- moga kita saling menghendaki kebaikan satu dan lainnya.

Referensi:
Akhukum fillah, M. Abduh Tuasikal
Riyadh-KSA, 22 Rabi’ul Akhir 1434 H (6 jam sebelum bertolak dari Riyadh menuju Jogja)


Sumber : https://rumaysho.com/3205-ada-pertemuan-ada-perpisahan.html





P/S , Team MediaVaganza mengucapkan berjuta tahniah kepada pemilik , teman seperjuangan , team operasi , team media atas segala kenangan yang telah dilalui . Di mana sahaja korang berada nanti , semoga menjadi insan yang berjaya dan berguna untuk keluarga , agama , masyarakat dan diri sendiri salam ikhlas , MSS .



5 amalan menyambut bayi baru lahir : antara sunnah, adat dan khurafat

5 amalan menyambut bayi baru lahir : antara sunnah, adat dan khurafat

Ibu bapa manalah yang tidak gembira apabila anak mereka dilahirkan. Kelahiran anak yang diamanahkan oleh Allah SWT itu merupakan simbol kasih sayang antara pasangan dan tanda kegembiraan hidup berkeluarga.
amalan menyambut bayi baru lahir sunnah khurafat 2
Namun, di sebalik kegembiraan dan kebahagian, ada pula tanggungjawab baru yang perlu dipikul oleh kedua-dua ibu dan bapa. Ada yang sudah berpengalaman menyambut kedatangan insan baru, tapi masih ramai sebenarnya yang keliru dengan amalan yang sering dibuat oleh masyarakat Melayu.
Yang mana satu sunnah, yang mana satu adat dan yang mana satu khurafat? Kami kongsikan 5 amalan yang biasa dibuat dalam masyarakat Melayu selepas bayi dilahirkan:

#1 Menanam uri

Menurut Mufti Faraz Adam Al-Mahmudi, tubuh badan manusia ini bukanlah hak milik kita. Ia hanyalah pinjaman Allah SWT sementara kita berada di atas muka bumi. Sebagaimana jenazah seorang Muslim perlu ditanam, begitu jugalah uri dan tali pusat seorang bayi yang baru dilahirkan.
Cara menanam uri pula mudah sahaja. Dr. Danial menjelaskan uri hanya perlu dicuci bersih menggunakan air sahaja sebelum dibungkus ketat menggunakan plastik dan ditanam.
Ramai orang Melayu yang terikut-ikut amalan seperti menggunakan kunyit, limau nipis, asam keping dan sebagainya ketika membasuh uri. Ada yang lebih mengarut dengan meletakkan paku dan kain putih/hitam untuk menghalau jin.
placenta tanam uri bayi jangan khurafat letak paku
Malah, lebih menyedihkan apabila ada ibu bapa yang percaya bahawa menanam uri bersama pen, kalkulator, laptop dan kamus boleh membuatkan anak tersebut membesar menjadi orang yang bijak pandai.

#2 Membelah mulut

Masih wujud golongan Melayu yang percaya membelah mulut perlu dibuat menggunakan cincin emas yang direndam dalam air zamzam, potongan asam keping dan sebagainya. Sebenarnya upacara "belah mulut" ini adalah adat yang berasal dari kaum Hindu agar mendatangkan kepetahan, kebijaksanaan dan kebaikan kepada bayi.
Dalam Islam, sunnah Rasulullah hanyalah dengan mentahnikkan bayi tersebut dengan buah kurma. Jika tiada tamar (kurma biasa/kering), bolehlah menggunakan rutab (kurma yang masak ranum/basah). 
Ada ulama yang berpendapat jika ketiadaan kurma, anda boleh bertahnik menggunakan manisan lain seperti madu. Namun, kami pernah kupaskan isu ini di mana kajian mendapati madu sebenarnya tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah 12 bulan.
membelah mulut bayi
Bukanlah kami katakan jatuh hukum haram memberi madu, tapi jika ia boleh mendatangkan mudarat, sebaik-baiknya elakkanlah. Lagipun, kita nak buat perkara sunnah kan? Sunnah Rasulullah hanya guna buah kurma. Zaman sekarang ini rasanya tak sukar pun nak mencari buah kurma sehingga perlu diganti dengan madu atau manisan lain. Ada saja buah kurma dijual sepanjang tahun.
Menurut Ustaz Khalid Basalamah, cara bertahnik juga amat mudah. Ia boleh dilakukan oleh bapa bayi sendiri atau mana-mana orang yang soleh. Kunyah sedikit sahaja isi kurma sehingga hancur sebelum diambil secalit pada hujung jari untuk dilalukan ke lelangit mulut bayi tersebut.
Pastikan orang yang mentahnik itu membersihkan tangan, menggosok gigi dan berkumur terlebih dahulu sebelum mula ya.

#3 Mencukur jambul

Dalam satu wawancara bersama Utusan Malaysia, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz menyatakan amalan mencukur jambul (bahagian depan rambut sahaja) dan menggunakan kelapa semasa upacara tersebut berlangsung adalah amalan bidaah dan khurafat kerana meniru ritual agama Hindu.
cukur jambul kelapa bunga rampai
Menurutnya lagi, Islam menggalakkan rambut bayi dicukur sehingga botak untuk menyingkirkan segala kekotoran yang melekat di kepala bayi semasa dalam kandungan dan agar rambut baru dapat tumbuh dengan lebih sihat.
Rambut yang telah dicukur itu kemudian disedekahkan kepada fakir miskin dengan cara menimbang dan menyamakan berat rambut dengan nilai perak atau emas.
bayi cukur botak cukur jambul
Sebagai contoh, berat rambut adalah 1 gram manakala nilai emas (1 gram) pada hari tersebut adalah RM180. Jadi, wang RM180 itu perlu dijadikan sedekah kepada fakir miskin.
Ustaz Azhar Idrus pula berkata mengadakan majlis cukur jambul sekadar 'cukup syarat' tidak menjadi satu kesalahan. Namun, ibu bapa perlu memastikan rambut bayi masih dicukur botak setelah majlis selesai. Selain itu, sunnah mencukur rambut ini terpakai untuk kedua-dua jantina bayi iaitu lelaki dan perempuan dan paling afdal dibuat pada hari ke-7 selepas kelahiran.

#4 Berendoi

Ibadah aqiqah disunatkan kepada setiap bayi yang baru dilahirkan. Sunnah Rasulullah menyatakan ia paling elok dibuat semasa hari ke-7 kelahiran bayi. Namun hukumnya sunat muakkad selagi anak itu masih belum baligh dan harus apabila anak sudah baligh.
Daripada Samurah RA, Rasulullah SAW bersabda, "Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Disembelih akikah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya." (Riwayat Abu Daud : 1522)
Tertib sunat yang terbaik adalah menyembelih 2 ekor kambing bagi anak lelaki dan 1 ekor kambing bagi anak perempuan. Walaupun begitu, Mufti WP menyatakan ia memadai sekiranya dapat menyembelih 1 ekor kambing sahaja bagi anak lelaki.
kambing aqiqah kenduri besar majlis berendoi sunnah atau bidaah
Daging kambing yang disembelih bolehlah dimasak sebagai jamuan atau diagih-agihkan. 
Walau bagaimanapun, kecenderungan masyarakat zaman kini dalam mengadakan majlis akikah berserta adat berendoi secara besar-besaran bagaikan kenduri kahwin mempunyai pandangan yang berbeza-beza.
Menurut Ustaz Rohidzir Rais, adat berendoi menggunakan buaian yang dihias cantik sambil didendangkan marhaban dan berzanji merupakan adat Melayu yang sudah lama dipraktikkan. Amalan ini tidaklah bercanggah dengan ajaran Islam. Walaupun ia bukan berasal daripada Rasulullah SAW, ia dibolehkan selagi tidak berlebih-lebihan. Namun, lebih afdal sekiranya ia digantikan dengan amalan lain seperti bacaan Al-Quran atau berzikir untuk mengelakkan khilaf.
pelamin buan berendoi majlis aqiqah sunnah khurafat adat
Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz pula menegaskan bahawa majlis keraian itu sekiranya diadakan secara besar-besaran, niatnya bukanlah untuk menunjuk-nunjuk dan mempamerkan unsur kemewahan. Niat seseorang haruslah benar-benar ikhlas kerana Allah SWT. Dikhuatiri kalau tersilap langkah, boleh bertukar menjadi riak. Daripada elok-elok mengejar pahala sunat, tiba-tiba mendapat dosa pula.

#5 Menjauhi "gangguan"

Ramai ibu bapa yang amat takut dengan syaitan dan jin yang boleh mengganggu anak kecil. Ada yang terlalu taksub sehingga percaya dengan tangkal atau azimat seperti meletakkan paku, gunting dan sebagainya di bawah bantal bayi atau meletakkan buku surah Yaasin berhampiran dengan bayi dengan niat memberi perlindungan daripada gangguan.
benang hitam bayi azimat halau jin iblis syaitan
Malah, lebih menyedihkan apabila segelintir masyarakat masih lagi mempercayai amalan khurafat seperti memakaikan benang hitam/kuning yang telah dibacakan ayat jampi untuk menghalau jin.
Jumhur ulama mengatakan haram mempercayai atau menggunakan tangkal dan azimat. Umat Islam ditegah melakukannya kerana dikhuatiri boleh jatuh syirik.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, sememangnya wujud Ummu Sibyaan iaitu iblis yang suka mengganggu anak kecil. Tetapi kaedah yang terbaik untuk mengelakkan gangguan iblis ini adalah dengan menutup semua pintu dan tingkap ketika hampir waktu Maghrib.
Sekiranya anak menangis tidak henti-henti kerana dipercayai terkena gangguan syaitan, anda bolehlah bacakan ayat Kursi dan tiga Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan An-Naas), ditiup pada kepala bayi sambil berkata "Wahai Ummu Sibyaan, keluar dan jangan ganggu anak aku." Kemudian, biarkan anak tidur dalam keadaan meniarap.
amalan menyambut bayi baru lahir sunnah khurafat 652
Kami berharap agar artikel ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang baru menimang cahaya mata.
Perlu diingatkan, kebanyakan amalan semasa menyambut kelahiran bayi adalah sunat dilakukan. Tidak wajib bagi ibu bapa untuk membuat akikah, bertahnik dan mencukur rambut. Janganlah kita terlalu sibuk mengejar perkara yang sunat sehingga berlaku pembaziran. Malah, lebih teruk lagi sehingga tidak sedar yang kita sebenarnya telah melakukan perkara khurafat dan bidaah.
Semoga bermanfaat.
Rujukan
4. Ummah
5.Iluminasi.Com
Bulan September Kali Ini Penuh Dengan Cuti Umum !

Bulan September Kali Ini Penuh Dengan Cuti Umum !



Petaling Jaya : September ini akan menjadi bulan yang sangat bermakna buat mereka yang mahu hilangkan stress kerja kerana dipenuhi dengan cuti umum.

Selepas hari Merdeka 31 Ogos ini, orang ramai di negara ini akan turut menyambut empat cuti umum pada September iaitu Hari Raya Haji, hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Hari Malaysia dan Awal Muharram.

Dalam masa yang sama, cuti sekolah juga akan bermula pada 25/26 Ogos selama seminggu.

Jadi, ini menjadikan waktu ini sebagai waktu yang sempurna untuk bercuti.

Hari Merdeka akan diraikan pada 31 Ogos diikuti dengan Hari Raya Haji pada 1 September.

Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pula akan mengikuti pada 9 September sebelum disusuli oleh hari Malaysia pada 16 September dan Awal Muharram pada 22 September.



Wow .

The StarSiakap Keli
Tweet-tweet Lucu Dari Gadis Negara Jiran 'Cair' Dengan Menteri Belia Dan Sukan , Khairy Jamaluddin Atau KJ .

Tweet-tweet Lucu Dari Gadis Negara Jiran 'Cair' Dengan Menteri Belia Dan Sukan , Khairy Jamaluddin Atau KJ .


Terkenal dengan gelaran 'tall, dark and handsome', siapa yang dapat menafikan aura Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ.

Fenomena KJ sudah lama melanda negara ini, tapi siapa sangka, demam itu nampaknya sudah mula menular ke negara jiran, Indonesia, khususnya dalam kalangan gadis-gadis, tulis Sinar Harian.

Semuanya gara-gara kes bendera terbalik di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang sedang berlangsung kini.

Walaupun ia agak pahit untuk rakyat Indonesia menerima insiden itu, namun selepas melihat sendiri kekacakan yang dimiliki KJ ketika pertemuan dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi, ia sekurang-kurangnya mengubat hati mereka.

Laman sosial di negara jiran itu mula dibanjiri dengan status-status 'nakal' netizen yang memuji KJ sehingga menenggelamkan isu bendera terbalik.

Malah, ada netizen negara itu yang secara bergurau mengatakan hikmah di sebalik insiden itu ialah membolehkan mereka mengenali KJ.

Ada juga yang menyatakan tidak boleh fokus kerana hatinya sudah diambil. 


Antara status yang mencuit hati dari netizen Indonesia.







Selain menjadi menteri yang bertanggungjawab untuk acara dwi tahunan itu, KJ juga mewakili Malaysia dalam acara ekuestrian polo.

Pasukan KJ juga telah berhasil menewaskan pasukan Brunei yang turut disertai Putera Abdul Mateen Bolkiah dalam perlawanan kelmarin. - 

Sumber :- Siakap Keli
no image

Dari Keding Menjadi Sado, Jejaka Ini Kongsi Kisah Transformasinya

Artikel ini ditulis dan diolah berdasarkan temubual oleh penulis dengan individu terbabit mengenai pengalamannya dan pihak iluminasi telah mendapat kebenaran untuk memuatnaik penulisan ini di laman blog iluminasi.com.
Semoga bermanfaat kepada semua.
transformation 557
Ramai yang buat throwback dan body transformation, ada yang dari gemuk jadi kurus, dan kurus jadi sado. Walaupun tak sesado orang lain, aku pun ada cerita transformation aku dari kurus kering macam cicak kobeng kepada pakai baju saiz L.

Permulaan kisah si keding

Waktu itu umur aku 18 tahun dan baru masuk universiti. Dari sekolah aku memang sangat-sangat kurus, tengok sendiri dalam gambar. Tapi dalam kalangan budak sekolah, tak terasa kurus sangat. Tapi di universiti, memang nampak sangat beza. Berat aku masa tu 48 kilogram. Memang sangat kurus dan kalau tengok balik, macam orang hisap dadah.
48 kilogram
Pernah sekali angin bertiup kuat dan tiba-tiba aku berasakan diriku seperti ingin melayang dibawa angin bayu. Begitu juga dengan kucing-kucing di sekitar dan kami saling berpandangan mengenangkan nasib malang. Sadis sekali perasaanku ketika itu. Sampai begitu nasib aku, apa salah aku?  Masa tu aku dah mula sedar aku perlu buat sesuatu. Tapi tak tergerak lagi usaha.
Ketika raya dah dekat, aku dengan rakanku Bart (kini dah sangat sado) mula pergi shopping mall untuk shopping raya. Dari satu kedai ke satu kedai kami pergi, satu saiz pun tak ada yang sesuai dengan aku. Masa tu zaman Levi's yang top, dan baju Levi's paling kecil ada kat Malaysia saiz M, kalau ada saiz S pun, memang sangat-sangat jarang. Dan aku pernah beli baju Topman size XS pun masih longgar, mana tak kecewa kan?
18 tahun
Jadi aku dah buntu, mood nak raya pun dah ke laut. Dulu masa sekolah tak kisah sangat, tapi bila dah masuk universiti, ia jadi perkara besar bagi aku. Orang lain segak bergaya bila raya, aku macam nasi bungkus. Tipu lah tak meleleh air mata.
Masa tu lah aku buka mata dan perlu buat sesuatu. Kalau aku tak mula sekarang, bila lagi? Dan kalau aku tak ubah, siapa yang akan ubah aku? Berbekalkan elaun biasiswa aku yang tak seberapa, aku mula dengan membeli dumbbell. Ketika itu 2 ketul dumbbell itu berharga lebih kurang RM100. Masa tu memang tak ada apa-apa ilmu langsung, main hentam saja. Internet pun aku tak ada masa tu, bukan ada smarphone macam sekarang senang nak dapat info sana sini.
Jadi hari-hari main biceps, sampai macam ada ketumbuhan dia punya sakit dan nak mandi pun seksa. Bangun pagi badan rasa macam kena pukul, tapi aku tak kisah, yang penting aku nak badan aku naik. Selang beberapa minggu, macam budak-budak baru yang lain, semangat aku hilang dan aku berhenti. Bertahun jugak aku tak semangat dan tinggalkan dumbbell aku.
20 tahun 394
Dipendekkan cerita, ketika umur 20 tahun baru aku betul-betul selami dunia bina badan. Aku mula search internet (dekat universiti ada wifi free) cara nak besar kan badan, apa yang perlu aku buat, makan dan sebagainya. Satu persatu benda aku belajar.
Tapi apa yang aku belajar dari internet tak cukup kerana hanya teori saja, aku perlu tanya otai-otai kat gym kalau nak cepat dapatkan hasil. Apa yang aku baca, tak tentu aku boleh praktikkan, dan terlalu banyak info di internet buatkan kepala aku pening nak ikut mana satu.
Tapi apa yang paling penting aku belajar adalah tak ada jalan singkat kalau nak jadi sado, memang kena ikut satu persatu apa yang orang perlu buat. Tak ada jalan belakang, tak ada jalan pintas dan tak ada rasuah-rasuah untuk cepat naik. TAK ADA.

Wajib pergi gym

gym 3
Mula sekali aku tahu yang kalau nak cepat besarkan badan dan otot, memang wajib pergi gym. Tak ada nya nak home workout. Kalau rumah anda ada gym tak apa, kalau setakat ada dumbbell dua ketul, tak payah berangan, 10 tahun pun tak tentu jadi. Kerana untuk bina otot, perlukan beban yang berat. Peralatan senaman kena lengkap kalau nak nampak hasil yang baik. Sebagai contoh, kalau guna dumbbell atau barbell di rumah saja, senaman yang kita boleh buat terhad. Dan tak semua senaman boleh dilakukan dengan dumbbell. Jadi progress akan terbantut.
Dan selang beberapa ketika bila biceps kita dan boleh tampung berat beban, kita perlu tambah berat beban, supaya ada perubahan dan kemajuan. Kalau tak tambah, kita akan berada di takut itu saja.
gym 483
Kelebihan pergi gym yang pertama adalah ada peralatan yang cukup. Dengan peralatan yang cukup ni, anda boleh bina setiap otot yang ada pada badan kita, dan dapat tahu cara senaman dan mesin yang berlainan. Baru cepat belajar, dan baru boleh capai matlamat dengan cepat. Kalau guna dumbbell kat rumah saja, macam mana nak buat chest, back dan kaki. Pushup? Nak dapat dada roti canai boleh lah dengan pushups saja. 
Kelebihan kedua adalah anda akan bertemu dengan ramai orang kat gym. Kat sini la anda akan belajar banyak benda daripada orang berpengalaman yang berbeza dengan apa yang kita belajar di internet. Tapi kena ringan mulut bertanya. Dan bila anda tengok badan otai-otai yang sado, anda akan lebih bersemangat dan nak buat yang terbaik.
gym 3 92
Suasana di gym juga boleh buatkan kira lebih fokus, tak terganggu dengan perkara lain. Hanya perlu fokus 1 jam sahaja. Kalau kat rumah, sambil workout, sambil tengok movie atau online, dan sambil makan pun boleh, memang ke laut la jawabnya.
Memang susah sangat nak jadikan tabiat untuk pergi gym, tak dapat dinafikan. Tapi kena paksa, jadikan ia satu tabiat dan gaya hidup. Kalau tak paksa, memang tak akan mula. Macam matsaleh cakap, "There'll be no second step without the first". Kalau anda tahu betapa berbaloi paksa diri ke gym, mesti anda akan hari-hari ke gym.
Dan bukan pergi gym terus pandai guna alatan, aku belajar perlahan-lahan, dalam setahun juga ambil masa sebelum tahu pasal mesin di gym. Dan kena bersenam dengan cara yang betul, baru badan cepat naik. Kalau anda bersenam di rumah dan tak betul, tak ada siapa nak tegur, anda yang rugi. Jadi, yang pertama, WAJIB PERGI GYM.

Senaman dengan teknik yang betul

Dah tahu nak guna alatan gym, bukan boleh terus guna beban yang berat. Perlu mula dengan perlahan. Kalau masa anda bayi pun anda akan merangkak dulu baru berdiri, sama juga nak naikkan badan. Ramai orang baru yang terlalu ghairah nak cepat, bila pergi gym hari pertama, tengok orang lain angkat beban berat, dia pun nak juga. 
deadlift 820
Tapi bila dah sakit yang amat sangat keesokan hari, mulalah rasa tak mahu pergi gym lagi. Ini memang sangat-sangat kerap berlaku. Sakit itu pasti, tetapi sakit yang tak perlu itu boleh dielakkan. Sebab itu pentingnya ada ilmu. Dengan adanya semangat dan kesungguhan sahaja tanpa ilmu, ibarat pandu kereta laju-laju tapi tak tahu jalan mana nak pergi. Buang masa, buang tenaga.
Biasa mula-mula pergi dulu, target aku tak mahu besar-besar sangat sebab takut, jadi aku hanya mahu besarkan otot dada, dan lengan sahaja. Yang lain aku tak mahu. Tapi bila dah jauh berjalan, baru aku tahu semuanya penting. Untuk jimatkan masa anda, aku nak bagi tahu, semua bahagian otot itu sangat penting, kalau nak cepat naik, lakukan kesemuanya, secara seimbang.
Buat semua bahagian dari dada, belakang, lengan, bahu dan juga kaki. Bila dah mula biasa dengan tak bersenam kaki dan belakang, nanti susah nak mula.
img 20131119 231043 334
Juga, untuk "cepat" membesar, fokus lebih kepada compound exercise berbanding isolation exercise. Compound exercise adalah senaman yang melibatkan lebih daripada satu bahagian otot, dan membantu tumbesaran otot yang lebih cepat, serta merembeskan hormon testosterone ketika dilakukan. Sebagai contoh, bench press, squat, deadlift. Ini antara contoh compound exercise yang terpenting.
Jangan sesekali abaikan 3 senaman ini. BIla anda lakukan bench press, ia melibatkan otot dada (pectoralis major) dan triceps. Dan bila anda lakukan senaman squat, ia melibatkan otot punggung (gluteus), peha (rectus femoris) dan banyak lagi. Jadi ini dikira sebagai tips, bukan jalan pintas, kerana anda tetapi kena lakukan juga.
Bagi isolation exercise pula adalah senaman yang fokus kepada satu jenis otot sahaja seperti biceps curl yang hanya fokus otot biceps, dan triceps pulldown yang fokuskan otot triceps. Ia penting juga, dan wajib dilakukan. Untuk hasil maksimum, gabungkan kedua-dua jenis senaman ini menjadi satu.

Sebagai contoh, ketika di gym, lakukan compound exercise dahulu, dan diakhiri dengan isolation exercise. Mengapa? Salah satu sebabnya adalah compound exercise memerlukan tenaga yang banyak, kalau lakukan isolation exercise dahulu, bila tiba masa untuk compound exercise, anda dah pancit. Terus terbantut workout anda. Mudah kan? Tapi perlu ada ilmu.
Bagi yang baru-baru, lebih baik kalau ada rancangan senaman, dan buku catatan. Tulis apa yang anda nak lakukan sebelum pergi gym, jadi bila pergi gym tu tak buang masa dan sudah tahu apa nak buat. Lagi satu, ia membantu anda lihat kemajuan anda. Sebagai contoh, anda mampu bench press 20kg bulan ini, catat berat beban dan tarikh, dan bandingkan dengan bulan depan. Bila bulan depan anda mampu bench press 30kg, anda akan tahu anda mempunyai kemajuan, dan ini menjadi pembakar semangat.
Kerana kalau nak harapkan hasil otot sebagai pembakar semangat, ia takkan berlaku untuk jangka masa 3-6 bulan. Kerana ketika ini proses otot anda menyesuaikan diri dahulu, bukan masa untuk hasil lagi. Macam nak masuk universiti, ada orientasi dahulu, baru masuk kelas. Ha gittew. Curlass kan.

Pemakanan adalah yang terpenting

food pyramid
Bila dah search internet pasal bina badan, memang tak akan terlepas baca pasal pemakanan. 70% daripada usaha mensadokan badan bergantung kepadaa pemakanan. Ada juga yang kata 80% tu pemakanan, 20% tu senaman. Mana-mana pun betul, yang penting, makan kena betul. Dulu aku selalu salahkan badan aku, kenapa makan banyak pun tak masih keding. Jujur, aku pernah pergi check kat klinik sama ada dalam badan aku ada cacing kerawet, sebab aku terlalu kurus dan makan banyak pun tak jadi apa.
img00129 20130206 0006
Tapi, bila dah banyak membaca, baru aku sedar, yang sebenarnya aku TAK CUKUP MAKAN pun! Selama ni ingat dah makan banyak, tapi sebab aku aktif jadi badan sukar nak naik. Aku makan 2-3 kali sehari dalam portion yang banyak, tapi sebenarnya tak cukup. Apa yang betul adalah makan ikut tahap keaktifan dan aktiviti kita. Kalau kurus nak besarkan badan, kena makan, lebih daripada aktiviti yang dilakukan. Dan kalau nak gemuk nak kurus, kena makan kurang. Simple ja, tapi nak lakukan tu susah.
Bila dah tahu semua, baru la aku mula buat jadual makan, paling kurang makan 4-5 kali sehari. Pernah juga satu masa tu aku makan 7-8 kali sehari. Tak kisah makan apa, yang penting jangan biar perut terlalu lapar. Sebelum ini makan lunch pukul 1 petang, lepastu dinner pukul 9 malam. Tapi bila dah tahu, makan setiap 3 jam. Roti, nasi, spaghetti, cekodok, pisang semua aku sumbat. Dari sini dah nampak sikit perubahan pada badan.
chicken 565
steak 524
Protein, karbohidrat dan lemak adalah nutrien makanan paling penting untuk bina badan dan otot. Tapi masa tu aku belum fokus pada lemak sebab kurang tahu, yang aku tahu, protein dan karbohidrat. Sebab aku kurus, aku terpaksa makan banyak karbohidrat, seperti nasi dan roti. Itu tak ada masalah. Tapi bagi aku, protein yang susah sikit sebab makanan protein tinggi biasanya tak sedap macam dada ayam. 
Faham-faham saja lah dada ayam bukannya sedap macam sayap, peha atau thigh. Memang seksa. Makan dalam masa seminggu tak apa lagi. Bila dah lepas sebulan ke dua bulan, memang nak muntah. Nak masak yang sedap-sedap, kena guna bahan mahal, duit pula tak banyak. Tapi sebab nak besar, aku gagahkan juga.
Boleh saja nak makan bahagian lain, cuma protein pada dada ayam lebih tinggi daripada bahagian lain, dan untung kalau makan kat kedai mamak. Sebab ambil peha atau dada, harga tetap sama, tapi kandungan protein tak sama. So better pilih dada, in term of nak besar la, bukan nak sedapkan perut. Jujur, sebulan aku makan dada ayam, aku termuntah. Tapi itu tak melemahkan semangat aku.
whey
Supplemen pula aku baru belajar ketika tu, dan sebab terlalu banyak jenis supplemen, aku jadi pening. Mana satu nak ambil? Akibat tak ada pengetahuan, aku beli whey protein dan CREATINE. Masa tu tak perlu pun creatine ni, tapi dah brother GNC tu suggests, aku yang noob ni pun turutkan saja, tapi tak guna pun. Tapi semua ini perlukan duit, tak ada duit, susah juga nak beli supplement.
Tapi ingat, SUPPLEMEN hanyalah MAKANAN TAMBAHAN, dan hanya membantu, bukan menentukan. Tak semestinya ada supplemen badan anda akan confirm jadi dan cantik. Dah ramai aku jumpa makan supplemen tapi tak ada hasil, dan ramai juga tak ambil supplemen tapi badan cantik. Ia pembantu, bukan penentu.
img00368 20130328 1726
Borak dengan Abang Jeffrey Jamil, pernah masuk Mr. Malaysia dapat no.2 dan bekas jurulatih bina badan kedah, dia cakap zaman dia supplemen sangat susah dapat dan mahal, orang lama banyak makan solid food saja ayam, ikan, daging dan telur. Ya, sebenarnya makan makanan solid itu lebih bagus daripada supplemen, cuma kalau nak ambil supplemen, kena tahu fungsi suppelmen itu dahulu, buat kajian. Jangan main sapu dan dengar cakap orang saja. Buang duit anda ja.

Tapi untung orang sekarang, nak beli supplemen kedai ada merata-rata, tambah-tambah lagi online. Dulu nak cari supplemen punyalah susah, lepastu mahal gila berbanding sekarang. Jadi, tak ada alasan nak bagi lagi.



Bersambung ....





Kredit : Iluminasi.Com
Back To Top