Terkini
Loading...

IKlan

18 Tips Sebelum Berpindah Ke Rumah Baru

Screen%2BShot%2B2014-09-17%2Bat%2B12.48.30%2BAM%2Bcopy

Berpindah dari rumah lama ke rumah baru boleh menjadikan kepala kita stress dan juga teruja dalam masa yang sama. Dimana kita akan membuat perancangan rapi, senarai barang, packing dengan teratur agar proses perpindahan ke rumah baru akan menjadi lebih mudah tidak memenatkan.

Di bawah kami kongsikan tips sebelum berpindah yang anda perlu amalkan setiap kali berpindah agar proses berpindah menjadi mudah dan menyeronokan!

1. DIY Pemegang Kotak - Kerja-kerja mengangkat kotak yang besar akan menjadi lebih mudah dengan membuat dua lubang segitiga di bahagian sisi kiri dan kanan kotak dengan pisau.

1

2. Simpan barang-barang seperti patung, bantal, selimut, cadar dan barang-barang yang sama waktu dengannya di dalam beg plastik sampah. Tempatkan bungkusan itu tadi di sebelah barang-barang yang rapuh dalam lori. Ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan risiko barang berharga anda pecah.

2

3. Defrost Peti Sejuk Anda! - Sehari atau dua hari sebelum berpindah, pastikan peti sejuk anda telah pun dinyahbekukan bagi mengelakkan peti sejuk berbau busuk dan tidak selesa.

3

4. Gunakan selotap pada cermin atau barangan berunsurkan kaca dengan tanda X. Ini bukan bertujuan untuk mengelakan cermin pecah, tetapi ia mampu menyerap hentakan dan mengekalkan cermin berada dalam bingkai sekiranya ia terjatuh atau bergoyang dalam lori semasa dalam perjalanan.

4

5. Ambil gambar bahagian belakang televisyen, komputer atau mana-mana alat elektronik yang lain. Ini sebagai backup sekiranya anda terlupa cara pemasangan kabel pada alat elektronik anda. Anda mungkin ketawa dengan idea tak masuk akal seperti ini, tetapi percayalah kaedah ini akan menjimatkan masa anda nanti. 

5

6. Gunakan beg beroda untuk mengangkut barang-barang berat seperti buku. Ini akan menjimatkan tenaga anda.

6

7. Terlalu banyak benda untuk di’pack! Pastinya hari pertama di rumah baru akan menyebabkan anda keletihan yang teramat sangat dan tidak mampu nak unpack semua barang dari kotak secara total. Sebagai langkah bersedia, gunakan satu kotak khas dengan label “Malam Pertama”. Ingat, kotak ini adalah kotak yang paling penting berbanding kotak-kotak yang lain.

Di dalam kotak ‘Malam Pertama’ ini, isikan dengan toilet paper, berus gigi, ubat gigi, pencukur, sabun, shower gel dan barang yang sewaktu dengannya. Jangan lupa, ubat-ubatan, makanan ringan, bahan pencuci, minuman 3-in-1, alat bantuan kecemasan, pisau kecil, makanan haiwan peliharaan (jika ada bela kucing), lampu tidur malam, pinggan pakai buang, cawan dan barang-barang asas yang diperlukan.

7

Adalah lebih baik jika setiap seorang ahli keluarga menyediakan kotak khas sendiri yang mengandungi barangan asas peribadi. Dengan cara ini, anda tidak akan menghadapi masalah sangat pada hari pertama dan kedua berpindah ke rumah baru.

8. Balut gelas atau pinggan mangkuk kaca dengan suratkhabar untuk melindunginya. Untuk lebih terjamin keselamatannya, gunakan dua layer. 

8

9. Jika rajin, sediakan ruangan seperti dalam gambar untuk menyimpan botol-botol seperti kicap, minyak, sos tiram dan sebagai bagi mengelakannya dari pecah.

9

10. Pasangkan 2 cadar di bahagian atas dan bawah untuk melindungi tilam anda terkena kotoran ketika dalam proses perpindahan.

10

11. Bila berpindah, pasti ada beberapa perabot yang perlu dibawa bersama ke rumah baru. Nak melonggarkan skru perabot memang mudah. Tetapi, jika terlupa? Sampai ke sudah tak dipasang. Jadi, simpan setiap skru-skru yang tertentu dalam beg plastik dengan label agar anda tidak tercari-cari atau tertanya-tanya yang mana satu skru untuk meja makan. 

11

12. Umum tahu, gas dan minyak adalah bahan yang sangat mudah terbakar. Jadi, sebelum berpindah, pastikan mesin pemotong rumpat atau mesin seumpamanya dikosongkan dulu bahagian minyaknya agar tidak mendatangkan masalah di hari berpindah. Tak pasal-pasal barang anda terkena tumpahan minyak atau satu lori terbakar. 

12

13. Kurang yakin dengan keselamatan barang dalam kotak? Letakkan saja dalam kotak pertama yang lebih besar darinya untuk extra protection terutamanya bagi barangan elektronik seperti televisyen dan komputer.

13

14. Labelkan setiap kotak untuk memudahkan kerja-kerja unpack. Ini juga menjimatkan masa anda untuk mengemas. Selain menggunakan kertas untuk melabel setiap kotak, boleh juga menggunakan seletop berwarna yang sedia ada di pasaran. Gunakan pelbagai warna agar tidak terkeliru dengan warna yang sama. 

14

15

15. Pastikan setiap kotak diisi dengan penuh tanpa sedikit ruang kosong. Kotak yang padat, akan mengurangkan risiko kotak terjatuh dari kedudukan asal. Jika terdapat 20% ruang kosong dalam kotak, ini akan menyebabkan kotak mudah bergerak dan berisiko untuk jatuh atau berubah dari kedudukan asal ketika berada di belakang muatan lori yang melalui jalan tidak rata atau berlubang-lubang.

16

16. Susun atur barangan dalam lori juga perlu diambil kira bagi memudahkan dan mempercepatkan proses berpindah. Rujuk gambar di bawah:

17

17. Relax. Jangan stress di hari berpindah, berfikir secara positif yang semuanya akan okay. Tidak ada masalah yang perlu difikirkan sangat. Bergembiralah kerana anda sudah memiliki rumah sendiri dan boleh menghias rumah mengikut citarasa diri anda dan pasangan. 


18. Namun, perlu diingatkan ada 6 perkara yang anda perlu lakukan sebelum hari berpindah:

  • Cari perkhidmatan lori atau perkhidmatan pindah rumah 6 minggu sebelum hari berpindah.
  • Tukar alamat rumah anda pada setiap urusan surat menyurat 2 atau 3 minggu sebelum agar tidak menimbulkan masalah di kemudian hari
  • Jelaskan bayaran bil-bil tertunggak rumah lama dua minggu sebelum berpindah
  • Simpan sedikit wang tunai dalam tangan untuk menghadapi saat-saat yang tidak diduga
  • Backup semua data dalam komputer
  • Ambil gambar sekeluarga dengan rumah lama sebagai kenang-kenangan sebelum berpindah.
Dengan 18 tips ini, kami harap proses perpindahan anda menjadi lebih mudah dan teratur. Ingat, jangan stress ya! -

Special Credit to : Houze Deco
Newer Post
Previous
This is the last post.

0 comments :

Post a Comment

Back To Top