Terkini
Loading...

IKlan

Aliff Aziz Bakal Dipenjara Curi 2 Telefon Bimbit






Penyanyi dan juga pelakon yang berasal dari Singapura Aliff Aziz sering mencetuskan kontroversi dan yang terbaru dia dikatakan telah melakukan kes jenayah.

Menurut laporan akhbar Berita Harian edisi Singapura, Aliff Aziz bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 20 hari sekiranya gagal melunaskan denda berjumlah $2,000 berikutan kesalahan mencuri tiga buah telefon bimbit.

Manakala bagi kesalahan mencuri, Aliff boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya.

Kesalahan itu dilakukan pada Mei lalu apabila dia mencuri dua telefon berjenama HTC One dan Samsung Note 1.

Aliff dan seorang rakannya telah didapati bersalah kerana mencuri telefon pintar tersebut daripada dua individu berbeza iaitu Yong Kit Siong dan Muhammad Nurazlee Roslee.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di Blok 36, Tanglin Halt Road.

Aliff didakwa di mahkamah buat pertama kali pada 16 Ogos lalu.




Sumber: Berita Harian Singapura

0 comments :

Post a Comment

Back To Top