Terkini
Loading...

IKlan

Awal Ashaari & Scha al-Yahya Bawa Lara Alana Bercuti Ke Perth, Australia



Sejak akhir akhir ini, anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha al-Yahya sering menjadi satu perhatian ramai sehingga ada segelintir anda yang sudah jemu. Tetapi kami belum dan akan terus memaparkan gambar bayi comel ini untuk tatapan anda — suka atau tidak. HAHA!
Terbaru, Awal Ashaari dan Scha al-Yahya telah terbang ke Perth, Australia bersama anak sulung mereka Lara Alana dipercayai untuk bercuti beberapa hari di sana. Mereka berada di sana hampir seminggu sebelum pulang hujung minggu yang lalu.
Melalui gambar gambar yang dikongsikan melalui Instagram pasangan ini, mereka bukan sahaja pergi bertiga malah ditemani beberapa orang ahli keluarga dan rakan rapat.
Tidak banyak sebenarnya yang boleh kami ceritakan tentang percutian pasangan ini kerana kami hanya mahu tunjukkan gambar percutian mereka yang meriah & pastinya wajah comel Lara Alana. Sila halakan skrin komputer anda ke tempat lain jika bosan. 

0 comments :

Post a Comment

Back To Top