Terkini
Loading...

IKlan

Dakwaan konsert ditaja syarikat judi adalah fitnah - Shila Amzah



Kecoh juga baru-baru ini dengan isu konsert Shila Amzah. Pada mulanya isu berkenaan timbul setelah Shila Amzah seolah-olah menyindir media Melayu yang didakwa hanya tahu menyiarkan cerita gosip berbanding dengan kariernya.
Maka, pihak media pun membalas kenyataan Shila Amzah dan mendakwa media Melayu tidak dijemput pada konsert sulung penyanyi yang kini berpangkalan di China itu. Yang hadir pun dua media Melayu sahaja dan mereka menyatakan itupun setelah puas pujuk rayu. Media berkenaan turut membuat artikel susulan dimana mereka menyatakan punca media Melayu tidak dijemput adalah kerana konsert berkenaan ditaja oleh sebuah syarikat judi terbesar Malaysia.
Hari ini, Shila Amzah telah mengadakan sidang akhbar khas untuk menjelaskan perkara berkenaan yang menjadi persoalan ramai sejak ianya disebarkan. Menurut Shila Amzah, apa yang dilaporkan oleh media selama ini hanya fitnah dan tidak benar sama sekali.
shila amzah terkilan gara-gara fitnah konsert ditaja syarikat judi
Shila Amzah terkilan gara-gara fitnah konsert ditaja syarikat judi? Memetik laporan blog BeautifulNara, Shila Amzah berkata beliau merasa sangat tersinggung dengan fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu dan ianya mencabar reputasi dirinya sebagai seorang Islam yang berhijab dan juga ayahnya yang sentiasa mendukung agama dan budaya.
shila amzah terkilan fitnah konsert ditaja syarikat judi
“Sebab kenapa saya pulang ke Malaysia padahal memang saya ada kerja di China untuk sidang media ini adalah saya sangat tersinggung dengan tulisan yang media katakan khususnya suratkhabar Kosmo! yang mendakwa konsert saya ditaja syarikat judi. Ini benar mencabar reputasi saya sebagai seorang muslim, sebagai seorang yang berhijab. dan kepada ayah saya yang begitu mendukung budaya dan agama. Tiba-tiba kononnya saya buat benda yang dalam pengetahuan dia dan benda itu salah. Saya amat terkilan apabila benda ini berlaku. If you can’t write something nice, don’t write anything about me. Saya tidak boleh terima perkara ini. To watch my mom cry because of this, itu adalah perkara yang paling sukar untuk Sha tengok,” ujar Shila Amzah sebagaimana yang disiarkan.
Ok, Shila Amzah sudah memberikan penjelasan berhubung isu ditaja syarikat judi. Sudah tentu para peminat Shila boleh menarik nafas lega. Kenyataan dari penyanyi itu mungkin boleh diterima. Tapi alangkah lagi baik Shila turut mengemukakan bukti mengenai penaja konsert tersebut. Barulah lagi lega dan terbukti dakwaan sebelum ini adalah fitnah semata-mata.
sidang media shila amzah terkilan fitnah konsert ditaja syarikat judi
sumber: ammboi & awani

0 comments :

Post a Comment

Back To Top