Terkini
Loading...

IKlan

5 Makanan Yang Membantu Tenangkan Jantung Berdebar




DISAAT kita panik dan gugup, sering kali membuatkan jantung menjadi berdebar-debar dan berdegup dengan kencang. Selain itu, jantung juga akan berdegup dengan kencang ketika seseorang itu berada di dalam keadaan takut, terkejut atau situasi lain seperti jatuh cinta mahupun bertentang mata dengan orang yang dicintai. Melakukan aktiviti fizikal yang terlalu terlalu berat juga turut menyebabkan jantung berdegup dengan kencang.
Menurut beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar, jantung berdegup dengan kencang atau disebut debaran terjadi kerana adanya pelepasan bahan kimia (adrenalin) di mana perkara ini akan menyebabkan peningkatan degupan jantung.
Selain disebabkan gugup atau panik, jantung berdebar kerap kali disebabkan oleh pengambilan kafein, nikotin, dadah mahupun alkohol berlebihan.
Menurut National Heart, Lung and Blood Institute, nikotin, kafein, dan alkohol dapat menganggu kesihatan jantung. Zat-zat tersebut menganggu isyarat elektrik yang 'memerintahkan' jantung untuk berdegup. Apabila terganggu, jantung seterusnya akan berdegup lebih kencang dari biasanya.
Jika anda sering mengalami jantung berdebar dan berusaha untuk menanganinya, berikut beberapa makanan yang mampu menenangkan jantung berdebar;

1. Madu


Madu adalah salah satu makanan yang memiliki rasa khas yang istimewa dan disukai. Rasa manis dari madu sememangnya tidak hanya bermanafat untuk kecantikan, tetapi ia juga elok untuk kesihatan. Madu merupakan makanan sekaligus berfungsi sebagai ubat semulajadi yang berkesan untuk menenangkan jantung berdebar. Kajian membuktikan bahawa meminum satu sudu madu yang dicampur dengan satu sudu air lemon akan membantu anda memiliki jantung yang sihat.

2. Kayu Manis

Kayu manis adalah salah satu rempah semulajadi yang sangat berkesan untuk menghapuskan kolesterol dalam tubuh. Gizi yang ada pada kayu manis juga sangat baik untuk melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Kajian menunjukkan bahawa nutrisi pada kayu manis sangat diperlukan oleh jantung seperti juga kalium. Disebabkan kelebihan nutrisinya inilah, kayu manis menjadi salah satu makanan yang mampu membantu menenangkan jantung berdebar.

3. Jambu Biji

Makan sebiji buah jambu biji setiap pagi dikatakan mampu membantu menjaga kesihatan jantung. Khasiat pemakanan yang ada di dalam jambu biji dipercayai mampu menormalkan kembali degup jantung yang tidak teratur, mengurangkan perasaan cemas dan membuat fikiran menjadi lebih tenang.

4. Jus Anggur

Ingin jantung sihat dan jauh dari masalah perasan cemas? Satu perkara yang boleh dilakukan adalah minum jus anggur secara teratur setiap hari. Zat makanan yang terkandung di dalam buah anggur dikatakan sangat baik dalam menjaga kesihatan jantung serta mencegah bahkan mengatasi jantung berdebar.

5. Minyak Ikan

Minyak ikan dikenali sebagai minyak semulajadi yang kaya akan omega 3 dan beberapa zat makanan lain yang sangat baik untuk kesihatan jantung. Beberapa kajian telah mengesahkan bahawa minyak ikan mampu mengatasi masalah jantung berdebar dengan baik.

Tetapi ingat! Jika jantung anda terus berdebar dan berdegup kencang tanpa henti dapat rawatan doktor pakar dengan segera. Rawatan awal pun dapat membantu menyelamatkan nyawa anda.

0 comments :

Post a Comment

Back To Top