Terkini
Loading...

IKlan

Cara Paling Murah untuk Dapatkan Kulit LICIN persis Bintang Korea !



Pihak wanita mesti cemburu kan melihat kulit orang jepun dan korea yang berkilau, licin, lembut, dan gebu. Tak semua artis korea guna pembedahan plastik untuk kelihatan cantik, ada yang guna cara menjadi kecantikan mengikut cara mereka sendiri.

Sini saya berikan sedikit tips cara mudah macam mana nak dapatkan kulit muka yang berkilau, licin, lembut, dan gebu macam orang jepun dan korea..

1.      Pelembap muka
Orang korea lebih memilih pelembap muka yang diperbuat daripada minyak sayuran kerana ini adalah elok dan baik untuk kulit wajah. Cara sapuan juga adalah memainkan peranan, iaitu sapuan ke atas dan ke bawah haruslah dipraktikan untuk mendapatkan penyerapan yang lebih sempurna.

2.      Senaman muka
Amalkan senaman muka selepas bangun pagi .sebutkan “ MA ME MI MO MU”, lakukan setiap hari , senaman ini mampu menegangkan muka anda dan otot muka berasa lebih segar.

3.      Minum teh hijau
Amalkan meminum teh hijau 1 atau 2 kali sehari, khasiat teh hijau boleh membuatkan kulit muka kita bebas daripada serangan sang “jerawat” yang amat dibenci kaum wanita. Ini kerana teh hijau merupakan pemberi antioksidan yang baik.

4.      Pencuci muka “cleansing oil”
Bermula dengan cucian bersama cleansing oil selama 4 minit, kemudian diikuti dengan pencuci muka berbusa selama 2 minit, seterusnya bilas muka anggaran masa selama 4 minit sahaja. Anda haruslah mula mencuci muka dengan mengunakan air suam dan diakhiri dengan air yang sejuk untuk membantu pori kulit di muka kita menjadi lebih ketat dan anjal.

5.      Gunakan penyegar muka
Pemilihan penyegar muka adalah amat penting untuk kesesuaian kulit muka anda. Seperti jepun dan korea, mereka akan memilih penyegar muka yang mengandungi rubbing alcohol, isopropyl alcholol, atau ethyl alcohol.  Mereka hanya menggunakan jari untuk sapuan di wajah mereka berbanding kapas, kerana dengan hanya menggunakan jari, kesan penyerapan sapuan tersebut terhadap kulit wajah adalah lebih berkesan dan optimum.

0 comments :

Post a Comment

Back To Top