Terkini
Loading...

IKlan

10 Kereta Paling Jimat Petrol Di Malaysia Dengan Harga Di Bawah RM100,000

Salam sejahtera buat rakan pembaca. Apabila kita bercerita tentang kereta ,sudah tentunya perkara yang terlintas adalah adakah kereta yang dibeli mampu untuk menjimatkan minyak? Tambahan di dalam situasi sekarang bila harga minyak tak menentu, serta bebanan sara hidup yang lain menyebabkan ramai pengguna memikirkan untuk mendapatkan kereta mampu milik serta jimat minyak petroleum. So kami bawakan 10 kereta yang digunakan di  Malaysia yang dianggap paling jimat dari segi penggunaan minyak petroleum. 

                                             1. Proton Iriz 1.3 MT



Kereta compak keluaran proton ini berharga RM 42,888 ini ,mempunyai 40 liter tangki penuh serta dikatakan dengan penjimatan jangkaan 5.8L bagi setiap 100km. Bagi jangkaan penggunaan minyak RON 95 kereta ini mampu bergerak 600km dengan kos minyak RM 71.34. Dikatakan mendapat 5 bintang bagi ciri keselamatan NCAP Asean, mempunyai airbags, ABS walaupun ianya agak kecil,namun dikatakan masih lagi selesa untuk perjalanan jauh. Jumlah isian penuh tangki minyak 40 liter.



 2. Myvi 1.3 Standard G-AT
Kereta compak paling laris di dalam kelasnya selama 8 tahun berturut turut di Malaysia.Kereta yang menjadi pilihan ramai terutama golongan bujang berkerjaya.Anggaran harga semasa RM 43,3XX.XX.Jangkaan penjimatan minyak adalah 6.2L bagi 100km atau jangkaan  penggunaan  minyak RON 95 adalah RM 76.26 bagi 600km. Jumlah isian penuh tangki minyak 40 liter.


                                                        3. Suzuki Alto 1.0 A/T GLX
                                      
Dianggap kereta eco friendly dengan kekuatan enjin 3 silinder. Sesuai untuk kereta di kawasan bandar. Dengan kekuatan enjin sebegini ianya menjimatkan minyak serta mengurangkan pencemaran.Dengan isian penuh tank 35 liter,dijangka menggunakan minyak petroleum 5.2 liter bagi 100 km.Penggunaan jangkaaan dengan minyak RON 95 adalah RM63.96 bagi atau setiap 600km.


4. Kia Picanto 1.2 A/T
Dengan harga 58,xxx.xx Kia mempertaruhkan Picanto sebagai kereta antara paling jimat minyak di pasaran Malaysia. Penggunaan 5.61 liter petroleum bagi 100 km. Manakala jangkaaan untuk perjalanan 600km hanya menggunakan kos minyak RM69.00 dengan kapasiti penuh tangki 35 liter


5. Mitsubishi Mirage 1.2

Anggaran harga RM 63,XXX.XX.  Kereta yang sesuai di kawasan bandar dengan jangkaan minyak RM 65.19 bagi perjalanan 600km. Dengan kapasiti minyak tangki penuh adalah 35 liter, kereta ini mampu mencapai hanya 5.3 liter bagi 100km



6. Honda Jazz 1.5 S

Honda sentiasa datang dengan bentk kereta yang menarik termasuklah Jazz ini.Di katakan antara kereta jimat minyak dengan harga pasaran Malaysia RM 71,XXX.XX. Mempunyai ciri  pendakian bukit yang stabil dengan kapasiti tangki penuh 40 liter. Anggaran bagi 100km pengguna petrol adalah sebanyak 5.6 liter dengan jangkaan perjalanan sepanjang 600km hanya menggunakan sekitar RM 68.88


7. Toyota Vios 1.5 E (AT)

Antara kereta kegemaran ramai rakyat Malaysia, dengan harga pasaran  RM 84,XXX.XX. Penggunaan petrol bagi 100km hanya sebanyak 6.3liter bagi 100km dengan jarak perjalanan sejauh 600km hanya menggunakan sebanyak  rm 77.49.



8. Mazda 2 skyactiv 1.5 SDN

 Harga bermula dari RM 85,XXX.XX.Enjin Skyactiv dikatakan mampu menjimatkan minyak. Kapasiti tangki penuh adalah 44 liter. Penggunaan bagi stiap 100km dijangka 5.2 liter petrol sahaja, dengan anggaran perjalanan 600km menggunakan sekitar RM 63.96


9.Volkswagen Polo Sedan 1.6 MPI

Harga pasaran Malaysia RM91,XXX.XX .Kapasiti tangki penuh adalah sebanyak  55 liter.Jangkaan 6.5 liter bagi 100km. Jarak perjalanan anggaran bagi 600km menggunakan RM 79.95. Ianya merupakan kereta yang berbaloi dari segi ruang berbanding kereta compak yang lain.


 10. Ford Fiesta SE with 1-liter EcoBoost A/T


 Antara  kereta paling cekap di dalam penggunaan minyak petroleum di dalam ranking dunia. Cuma harganya  RM 94,XXX.XX.  Penggunaan enjin ecoboost merupakan kekuatan kereta ini yang mampu bergerak lancar dan menjimatkan minyak.Penggunaan minyak dijangka 5.3 liter bagi 100km. Perjalanan sepanjang 600km pula dijangka menggunakan RM 65.19 .

Banyak faktor yang boleh dipertimbangkan untuk menentukan penjimatan minyak sesebuah kenderaan seperti kereta.Faktor usia kereta, jenis enjin, cara pemanduan, alert pada kerosakan yang boleh mengganggu enjin ( bunyi, asap cecair yang keluar dari kenderaan) , tayar(jenis tayar, angin pada tayar) dan banyak lagi. Untuk mendapatkan panduan berkesan cara menjaga kereta, rakan pembaca boleh mendapatkan Panduan Penjagaan Kereta Cuma pertimbangan diatas berdasarkan pada aspek kereta baru.



 sumber  isaactan.net
               imoney.my













0 comments :

Post a Comment

Back To Top