Terkini
Loading...

IKlan

10 Makanan Yang Terbaik Dimakan Semasa Sahur



Adakalanya memang tak larat nak bangun sahur dan masak makanan berat. Ada yang mengambil inisiatif untuk masak dengan banyak sewaktu berbuka puasa kemudian makan sekali lagi waktu bersahur. Jadi kami olah kembali artikel Buzzfeed mengenai apa jenis makanan yang sesuai dimakan sewaktu bersahur. Mungkin anda boleh cuba makanan ini untuk menambah tenaga anda!


1. Roti serat – Anda boleh makan roti serat bersama pisang dan juga mentega kacang. Ini boleh menambah tenaga anda!


2. Oatmeal – Anda boleh sediakan paket oatmeal untuk seisi keluarga yang ditambah dengan bahan-bahan lain seperti buah-buahan, chia seed, flax seed dan lain-lain.


3. Smoothie – Sediakan bahan sebelum tidur seperti buah-buahan dan bijirin di dalam paket plastik. Semasa sahur, anda hanya perlu kisarkan sahaja dan minum. Tambahkan kurma jika mahu.


4. Telur dan sayur – Anda memerlukan sayuran dan protein sebagai pembekal tenaga anda. Ambil telur, salad dan makan bersama roti tortilla ataupun roti bakar. Sapukan mayonis ataupun mentega.


5. Sup sayuran/ayam/daging – Bagi anda yang susah untuk makan sewaktu sahur, sup amat berkhasiat dan sesuai untuk anda.


6. Avocado – Buah avocado amat sesuai untuk mengenyangkan perut. Makan avocado dengan salad segar dan juga telur hancur. Makan bersama roti atau begitu sahaja.


7. Buah-buahan – Bagi anda yang suka makanan manis sewaktu sahur, anda boleh makan buah bersama bijirin ataupun taburkan di atas roti tortilla dan juga roti serat. Anda boleh sapukan mentega, madu ataupun mentega kacang.


8. Salad segar – Menu ini sesuai bagi mereka yang ingin makanan yang ringan dan mudah. Anda boleh masukkan apa saja ke dalam salad segar anda dan makan begitu sahaja.


9. Nasi dan sayur – Bagi anda yang tidak mahu makan berat tetapi mahukan karbohidrat yang banyak, anda boleh makan nasi putih bersama lauk sayur ataupun sup sayur. Ia bukan sahaja menambah tenaga, bahkan menyelerakan.


10. Bubur – Anda boleh masakkan bubur malam sebelum sahur. Tidak kira bubur nasi atau bubur kacang, ianya mudah dicernakan dan mudah dimakan di waktu pagi!


0 comments :

Post a Comment

Back To Top