Terkini
Loading...

IKlan

7 Resipi Masakan Mudah Dan Sedap Di Bulan Ramadhan


 12 resipi ini telah dikongsikan oleh Puan Pnut Syafinaz di Facebook beliau. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat membantu anda menyediakan juadah berbuka puasa yang enak dengan lebih mudah.
Kesemua resipi ini boleh di sediakan pada hujung minggu dan dibekukan. Untuk makluman, resipi ini telah mendapat lebih daripada 14,000 share di Facebook.
Sebagai emak bekerja, saya nak share cara cepat saya sediakan juadah puasa untuk keluarga. Walau bekerja, kita masih boleh sediakan roti john, puding roti daging, kuih cara, donut untuk anak-anak.
Tips ni boleh pakai sepanjang masa, bukan bulan puasa je. Kita bekerja kan, tetapi teringin juga nak masak untuk keluarga. Dengan masa terbatas memang penat.
So saya selalu spend masa hujung minggu buat stok frozen paste kari, kurma, asam pedas dan sambal tumis. Bekukan.
1. Setiap pagi lepas sahur, sebelum pergi kerja, keluarkan setiap portion letak peti ais bahagian bawah.
2. Ikan, ayam, simpan dalam container cukup untuk satu bahagian masak dengan satu bahagian paste kita sediakan. Pun pagi-pagi kita keluarkan satu bahagian letak kat peti ais bawah.
3. Balik je kerja, kalau sampai rumah 6.30pm pun sempat. Masuk paste dalam periuk, tambah santan/air, haiwan-haiwan dan bendi, kentang dan lain-lain. Rasanya sebelum jam 7 dah siap satu menu kalian.

1. Kuih cara tuna cheese

Adunan tepung
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
1 cawan air (ini adjust ikut kesesuaian, jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair, try and error)
1 biji telur
Pewarna hijau atau kuning
*Blend semua bahan ni dalam blender sampai halus.
Cara-cara
Satu tin tuna gaul dengan sedikit lada sulah, lada hitam kasar sedikit garam
cheese parut (or slice potong-potong)
Sudukan adunan tepung dalam acuan kuih cara, letakkan tuna, dan letak cheese, bakar atas dapur, dan pastikan ada penutup kecil tutup acuan kuih cara agar wap panas boleh cepat masakkan tepung dan bahagian atas.

2. Donut

Buatlah dalam 3-4 kali ganda adunan ni untuk stok sebulan puasa. Yang bulat-bulat tak berlubang tu boleh goreng nanti. Belah jangan sampai putus. Letak sambal, letak telur dadar nipis, ikan bilis ke, sardin ni, timun then jadi mini burger or donut sambal.
Nak bekukan goreng agak kekuningan macam saya buat ni, dan simpan ikutportion sikit-sikit macam ni.
Ini resipi donut yang saya selalu guna untuk buat stok frozen, dan boleh tahan sampai 6 bulan, elok lembut.
Bahan-bahan:
20 g yis basah (fresh yeast) – kalau guna yis kering segera sebanyak 6 gram saja tapi best yis basah
125 ml susu segar suam
25 g mentega } dicairkan
2 kuning telur
250 gram tepung gandum
1-2 sudu besar gula castor
Minyak untuk menggoreng
Gula castor secukupnya utk taburan
Cara-cara
Campurkan yis dengan sedikit susu, kacau. Kemudian masukkan baki susu, mentega, kuning telur dan gula, kacau sebati.
Ayakkan tepung ke dalam mangkuk adunan yang lain, curahkan campuran yis tadi di tengah-tengah tepung kemudian gaul sebati.
Uli adunan sehingga menjadi doh yang licin (tidak melekat dijari) kemudian masukkan doh ke dalam mangkuk besar, tutup dengan cling film selama 1 jam.
Kemudian uli semula dan canai menjadi setebal 2 cm. Ambil penerap bulat, terap hingga habis.
Biarkan donut tadi atas dulang yang telah disapu dengan sedikit minyak dan biarkan selama 20-30 minit.  Goreng sehingga keperangan dengan api perlahan.

3. Daging kisar berempah

Okey, ini yang paling saya suka buat, sebab banyak sangat kegunaannya.
Kalau nak buat banyak-banyak buatkan 3-4 bungkus daging kisar, dan gandakan bahan-bahan.
Bahan-bahan daging kisar berempah.
1 bungkus daging kisar
1 sudu besar rempah kari daging (kalau suka lebih rasa kari, lebihkan sedikit)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam kasar
garam gula secukup rasa
Cara-cara
1. Rempah, bawang putih, bawang merah di blend.
2. Tumiskan bahan-bahan di no.1 sampai naik minyak.
3. Masukkan daging kisar, lada hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa. masak sampai sedikit kering. Sejukkan ikut portion kecik-kecil, senang sekali guna keluarkan satu protion.
Okey kegunaannya sangat banyak.
i. Boleh buat cara berlauk (resepi adunan kuih cara cheese, cuma tuna gantikan dengan inti daging kisar ni)
ii. Boleh buat puding roti daging.
Rendam beberapa keping roti dalam susu segar yang di pukul dengan telur, lada sulah, lada hitam, sedikit garam.
Rendam sehingga roti lembut dan tenggelam.
Lapikan roti yang direndam tadi satu layer kemudian letak inti daging satu layer, ulang roti satu layer, dan daging satu layer, tuttup satu layer lagi dengan roti,then taburkan cheese.
*Atau kalau malas nak layer-layer bagai, gaul ke semua roti rendaman tu dengan inti daging ni, bakar dalam oven sehingga masak.
iii. Roti john
Bancuh adunan daging kisar ni dengan 3-4 biji telur, tuang adunan atas bun utk sosej tu dibelah (jangan sampai putus). Terbalikkan, masak sampai elok gareng,then letak timun parut, mayonis dan sos.
iv. Makaroni bakar (ini kesukaan anak-anak saya)
Rebus 1 cawan makaroni (toskan airnya)
Pukul telur, campurkan daging kisar, gaulkan dengan makroni direbus tadi. Biar lembab dan berair sikit.
Taburkan chees, dan bakar.
*Refer gambar kiri bawah-letak dalam bekas aluminium foil macam tu. Kalau buat bulan puasa memendekkan waktu membakar dan tidak membazir.  Orang makan sikit-sikit je bulan puasa, tak habis simpan peti ais, esok panaskan balik.
v. Baked potato
Beberapa biji kentang russet dibelah dua. Kukus sekejap dalam 5 minit atau sehingga separuh lembut, jangan terlalu lembut
Korek isi kentang, tinggal berlubang (jangan korek terlalu nipis.
Kentang yang dikorek tu, lecek dan gaulkan dengan inti daging kisar ni, thentabur cheese, bakar la dalam 15-20 minit.
Banyak lagi boleh buat. Tambah kentang dadu, gaul, jadikan inti karipap segera. Guna roti gardenia, letka inti tekap dengan acuan karipap, jadi karipap segera.
Paling-paling mudah, letakkan inti daging ni atas roti gardenia sekeping-sekeping then taburkan cheese. Biasa saya buat, sekeping roti gardenia saya potong 4 keping, dapat satu finger food untuk kids.
Jika balut dengan kulit popia, jadi samosa.

4. Sambal Gesek / Tuk Tuk Jawa




Sambal gesek (or tuktuk jawa)
Nak buat banyak-banyak untuk frozen, gandakan aje ye)
Bahan
8 biji cili merah
10 biji cili padi (ikut kepedasan disukai)
8 ulas bawang kecil (purple)
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan, (dibakar dulu)
4 biji limau kasturi (or ikut selera masing2)
Garam dan gula.
Segenggam ikan bilis. (goreng sekejap, jangan garing, goreng sekejap je, biar masih lembik-lembik)
1 sudu minyak masak.
Cara-cara
Patah-patahkan cili-cili, belah-belahkan bawang
Goreng bahan-bahan ni dengan sedikit minyak masak, sikit je dalam 1/2 or 1 sudu minyak masak je.
Angkat toskan minyak.
Tumbuk dengan lesung batu bahan di goreng tadi dengan belacan, + garam + gula.
Tumbuk sekali dgn ikan bilis.
Perah limau kasturi, dan gaulkan.
Sedap sangat makan bulan puasa ni. Buat banyak-banyak bekukan portion kecik-kecik. Sejam sebelum berbuka keluarkan biar hilang sejuk bekunya, nanti boleh terus ngap.
*Dalam gambar saya letak petai, petai tu hiris-hiris, saya goreng juga sekejap dengan minyak yang sikit. Tak suka petai tak payah boh petai


5.Puff Koboi




Bahan-bahan
1 bungkus roti canai segera (mentah) brand Kawanku
Beberapa batang sosej (saya potong dua sosej, sebab nak bun comel-comel
Telur kuning untuk disapu.
Cara-cara
Potong roti canai 4 bahagian macam tu, then lipatkan macam dalam gambar. Kelar-kelarkan sedikit, sapu telur kuning then bakar 20 minit. Perghh buka posamakan panas-panas.









6.Pizza Koboi






Cara cara:
Letak roti canai atau roti pizza atas dulang. Sapu sos spagethi atau sos cili je.
Atau gambar kanan saya guna thousand island sauce, kemudian tabur je apa nekapun – sosej, tuna, ayam, crab stick, apa-apa je. Pastu tabur cheese.
Ini kesukaan anak-anak. Kejap je setel pizza anak-anak.



7.Keli sambal hijau




Keli sambal hijau. Biasa saya memang buat banyak-banyak, then frozenkan.
Bahan-bahan
1/5kg cili hijau + segenggan cili padi hijau.
10 biji bawang besar (kalau tak suka byk bawang, kurangkan, saya suka bawang banyak)
20 biji bawang putih (blend semua bahan ni)
5-6 keping asam gelugor
Garam dan gula secukupnya
3 batang serai.
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Cara-cara
Ketuk-ketuk serai, dan tumiskan (kalau nak wangi, tumis juga dengan bawang merah dan bawang putih hiris-hiris, saya tak buat sebab dalam bahan blend dah ada semua bawang)
Masukkan bahan blend
Masukkan garam, gula dan asam keping.
Masaklah sampai garing dan naik minyak.
Dah siap masak, kaut simpan portion sikit-sikit, kira sekali masak ambil satu bekas cukup.
Tips lain
* Boleh juga guna cili merah.
* Asam keping boleh gantikan dengan buah tomato, guna buah tomato masak ranum, lepas tumis serai, masukkan bahan tumis dan tomato, masuk je sebiji-sebiji, nanti dia akan hancur (tak payah blend)
* Boleh guna untuk sambal ikan, ayam, telur rebus, ikan bilis, udang,
* Nak guna panaskan balik dalam kuali, tambah air sikit.



























0 comments :

Post a Comment

Back To Top