Terkini
Loading...

IKlan

8 Jenis Kucing Paling Mahal Di Dunia Dan Sedikit Fakta Tentang Mereka .


Kucing merupakan haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan peliharaan. Tingkah lakunya yang lucu dan aktif pasti menggelikan hati sesiapa sahaja. Tidak hairanlah ramai orang begitu menyukai haiwan ini kerana rupa fizikalnya yang comel dan sangat manja.
Wang tidak menjadi penghalang buat para pengggemar kucing untuk mendapatkan jenis baka yang mereka idamkan. Bukan itu sahaja, kos rawatan perbelanjaan kucing yang terlalu mahal tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan kucing mereka dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.
Berikut adalah senarai jenis kucing yang paling mahal di dunia yang menjadi buruan para  penggemar kucing.
8. Maine Coon( RM1K-5K)

Nama Maine Coon merujuk pada Maine yang merupakan negara bahagian Amerika Syarikat. Kucing ini  mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher. Kucing ini popular dikalangan pencinta kucing kerana bulunya yang tebal dan nampak seakan 'singa'. Dengan bulu yang sebegitu lebat siapa sahaja yang tidak geram untuk memeluk dan memegang mereka bukan ?

7. Scottish Fold (RM1K-8K)

Kucing ini memiliki telinga yang sangat unik dan tidak seperti kebanyakan kucing lain dimana telinganya tegak ke atas. Kucing jenis ini memiliki telinga yang  jatuh ke bawah, seakan-akan mirip dengan burung hantu tetapi bentuknya sangatlah lucu. Kucing ini berasal dari Scotland dan harganya terlalu mahal. Kucing ini sangat jinak, senang diajak bermain, cerdas, dan tidak berdengkur ketika tidur seperti kebanyakan lain. Fakta ada mengatakan tidak semua baka ini bertelinga seperti yang kebanyakkan ke bawah. Malah mereka yang bertelinga 'Normal' dipanggil 'Straight' oleh pengkaji kucing . Mereka juga berpendapat bahawa kucing baka ini kucing yang paling 'senyap'. Malah apabila mereka 'meow' ianya sangat lembut dan tidak kuat ( Agak romantis pada pendapat saya hehe) 

6. Russian Blue (RM5K-15K)

Kucing ini berasal dari Rusia dan cukup terkenal dengan gelagatnya yang sangat cerdas dan suka playful.Tetapi mereka tidak lah terlalu hyperaktif. Kucing ini juga mudah  berdampingan dengan haiwan lain, termasuk anjing. Bulunya yang pendek menjadikannya kucing yang amat bersih kerana sukar terkena kotoran. Malah ia juga tersenarai didalam kucing yang paling sihat didunia oleh kerana mereka sukar untuk mendapat penyakit. Mereka antara spesis kucing yang terpandai kerana skor kepandaian mereka agak tinggi.

5. Sphynx (RM3K-20K)  
                                                                                                          

Kucing Sphynx merupakan spesies kucing tanpa bulu. Kucing jenis Sphynx ini tiada kaitan dengan Mesir mahupun Firaun.Sebenarnya, kucing ini berasal dari Kanada. Meskipun Sphynx hanya memiliki bulu yang amat nipis, tetapi Sphynx juga termasuk dalam kategori kucing yang memiliki  tubuh badan yang kuat dan sihat. Mereka juga adalah kucing yang sangat sosial dan mahukan perhatian. Apabila tuan nya tidak melayan dia akan mencari 'teman' lain seperti haiwan lain. Mereka juga sangat kid-friendly ! (Banyak fakta yang mengejutkan dan baik tentang mereka sebenarnya, walaupun spesis ini sering dianggap kucing yang 'jahat' didalam movie orang putih)
4. PeterBald( 7k- 30k)

Kucing Peterbald ini mempunyai wajah yang mirip seperti anjing, mata besar, ekor yang panjang seperti kucing Siam, kaki berselaput, dan juga kuku berbentuk oval. Mereka juga sering disalah anggap untuk kucing Sphynx oleh kerana rupa mereka yang seakan sama dan hairless. Tetapi ada juga diantara mereka yang mempunyai bulu walaupun sangat pendek seperti gambar diatas. Walaupun mereka sangat athletic, kid-friendly dan sangat manja. Mereka juga dikategorikan sebagai kucing yang sangat bergantung kepada tuannya. Jadi jika hendak membela mereka harus lah bersiap sedia untuk luangkan banyak masa untuk mereka.
3. Persian (1K-35K)

Kucing ini banyak dipelihara oleh para penggemar kucing terutamanya diMalaysia. Wajahnya yang lucu dengan hidung yang penyek ke dalam membuatkan ramai orang geram dengan wajah comel kucing ini. Bulunya yang lebat juga merupakan faktor harga kucing ini menjadi mahal. Walaupun hampir serupa dengan Maine Coon dari segi rupa, mereka amatlah berlainan. Dari segi 'maintenance' Persian lebih mahal kerana lebih senang mendapat penyakit ringworm, sensitif dengan panas dan banyak lagi. Walaupun begitu jangka hayat mereka adalah 14-15 tahun , lebih tinggi dari Maine Coon yang jangka hayatnya hanya 12-13 tahun. Mereka juga agak senyap seperti scottish fold.
2. Bengal Cat (5k- 50k)

Bengal dikenali dan diminati kerana keunikan warna dan keunikan corak bulunya. Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang. Seperti coraknya juga, mereka amat lah hyperaktif dan kadangkala nakal. Mereka juga jenis yang loud and clear dari segi vocal (Meow). Kucing ini amat lah tidak sesuai untuk seseorang yang tidak berpengalaman dengan membela kucing kerana mereka bagaikan 'anak-2' yang nakal dan bising . Tetapi jika anda mahukan kucing yang aktif, nakal dan yang akan meriuhkan suasana rumah mereka amatlah sesuai. 
1. Savannah Cat (30k-200k)

Savannah adalah kucing peliharan eksotik, hasil kacukan daripada baka Serval (kucing hutan Afrika) dan kucing siam pada tahun 1986 oleh Judee Frank.  Kucing Savannah mukanya lebih macam kucing biasa iaitu telinga lebih kecil, bentuk badan yang macam kucing normal, dan warna bulu yang lebih kelabu. Saiznya bergantung pada jenisnya, ada yang besar seperti kucing Serval. Walaupun begitu mereka sangat lah hyper seperti Bengal. Jangka hayat mereka juga sangat tinggi iaitu 17-20 tahun. Mereka juga sangat pandai dan cepat belajar. Seperti Bengal , jika mahukan kucing yang mampu memeriahkan suasana rumah. Mereka amatlah sesuai.

0 comments :

Post a Comment

Back To Top