Terkini
Loading...

IKlan

9 Makanan yang Melangsingkan Badan Secara Cepat




Bagi beberapa orang, menurunkan berat badan boleh jadi hal yang sukar dan hampir mustahil untuk dilakukan. Tak sekadar keinginan yang kuat, menurunkan berat badan harus dilakukan dengan cara diet yang tepat dan sihat. Jangan hanya bergantung kepada diet dengan menghadkan makanan yang dimakan, namun pengambilan juga makanan yang boleh membantu menurunkan berat badan.
Selain mengambil makanan yang rendah kalori, kaya karbohidrat dan nutrisi, beberapa makanan berikut ini juga boleh membantu menurunkan berat badan dan meningkatkan kekebalan tubuh.

1. Tomato
Buah tomato dan tomato ceri atau tomato yang bersaiz kecil diketahui mempunyai tahap kalori yang sangat sedikit. Untuk itu, baik buat tomato dan buah tomato ceri sangat sesuai digunakan semasa sedang berdiet dan akan membantu menurunkan berat badan.

2. Putih telur
Suka dengan telur tetapi sedang berdiet? Jangan bimbang, anda masih tetap dapat menikmati telur dua kali sehari. Walau bagaimanapun pengambilan hanya putih telurnya sahaja dan bukan bahagian kuning telurnya. Kerana kuning telur mengandungi banyak kalori dan kaya akan kolesterol jahat.

3. Timun
Timun adalah salah satu makanan penting yang boleh membantu menurunkan berat badan dengan cepat. Sayur-sayuran ini hanya mempunyai 45 kalori dan sebahagian besar berisi air dan sodium yang baik untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

4. Sambal pedas
Jika ingin cepat kurus, sebaiknya pilih sambal pedas daripada sambal tomato. Akan lebih baik jika anda mengambil sambal yang dibuat sendiri daripada cili segar yang pedas dan bukan sambal bungkusan.

5. Udang
Udang merupakan salah satu makanan yang mengandungi sangat sedikit daging dan kalori. Satu ekor udang hanya mempunyai lapan kalori sahaja. Kerana itu, memakan udang akan membantu anda menurunkan berat badan kerana hanya mengandungi sedikit kalori.

6. Ceri
Buah ceri adalah salah satu jenis buah yang baik dimakan ketika diet. Buah ceri yang kaya nutrisi dan boleh meningkatkan kekebalan tubuh ternyata hanya mengandungi sedikit kalori, iaitu kira-kira 50 kalori. Tak hanya tubuh yang semakin bugar, anda pun boleh lebih cepat kurus.

7. Brokoli
Brokoli dikenali sebagai sayur-sayuran yang pahit namun bernutrisi tinggi. Antioksida yang ada di dalamnya pun diketahui boleh menjaga kecergasan badan dan menghindari kanser. Namun tak hanya itu, brokoli ternyata juga mempunyai khasiat menurunkan berat badan.

8. Kubis
Kubis adalah salah satu sayur-sayuran yang kaya antioksidan seperti vitamin C yang baik untuk meningkatkan kekuatan sistem kekebalan tubuh. Selain itu, kubis juga baik untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Namun sebaiknya jangan mengambil kubis terlalu banyak kerana boleh meningkatkan pengeluaran gas dalam perut.

9. Raspberry
Buah raspberry hanya mengandungi sedikit kalori, iaitu kira-kira 31 peratus daripada gula. Kerana itu, raspberry juga disebut sebagai salah satu buah yang sangat sesuai untuk dimakan ketika berdiet kerana boleh menurunkan berat badan dengan cepat.
Itulah beberapa makanan yang boleh dimakan untuk membantu anda menurunkan berat badan. Bersenam dan aktif saja tak cukup, anda juga harus memperhatikan pola makan. Pilih yang dapat menunjang diet seperti makanan di atas.

Sumber :
Blog Indonesia .

0 comments :

Post a Comment

Back To Top