Terkini
Loading...

IKlan

CHRISZEN MOIST CAKE BEST SELLER !


Sebenarnya dah lama aku dok berniat dalam hati nak try produk ni. Tapi selama ni cuma berniat. Nak menghabiskan stok2 yang ada dulu. Serius walaupun aku suka membeli produk tapi selalunya aku beli ikut keperluan. Nafsu membeli tu tahap terkawal lagi la. Jadi sebab compact powder miyami aku pun dah berkecai sebab anak dara nan sorang ni.. Maka Raya pertama Chinese new year haritu jenjalan la kat wangsa walk. Pucuk di cita, ulam mendatang katanya.. Jumpa pula satu kedai produk kesihatan & kecantikkan ni buka. Sekadar tanya je.. ada ke tidak jual produk tu. Alhamdulillah.. ada pulak. Harga pun rasa lebih murah dari yang aku pernah survey sebelum ni.



Selepas tanya lebih kurang.. try tester rasa ok la. Tak payah interview banyak2 la orang yang kena kerja hari cuti. Kesian pulak nak buli dia ye dak? Dah la frust tak dapat cuti.. kita pulak memang dah tau serba sedikit pasal produk tu dok gigih sangat beramah mesra lama2. Jadi ambil la seketoi. Sebab dia sejenis mosit cake.. memang sesuai la untuk jenis mak mak ada anak suka selongkar make up ni. Kalau compact powder jatuh confirm berderai.. kalau moist cake jatuh insya Allah selamat lagi.

Chriszen whitening/pore cover moist cake ni ada 3 fungsi.. Foundation, concealer & sunblock. Ada SPF50/PA++ jadi dengan menenyeh benda alah ni tak perlu lagi nak pakai yang lain. 3 in 1. Dia juga ada fungsi lain seperti mencerah,menutup cela2 di wajah macam parut, bintik hitam & pori terbuka. Jugak mempunyai fungsi anti kedutan. Yang paling best dia melembutkan kulit & memberi kesan pencerahan yang drastik selepas pakai.

Aku dah try.. Ya Allah tekstur dia sangat ringan beb! Tak rasa tebal kat muka bila pakai. Rasa macam tak letak apa2 pun kat muka & rasa muka macam kosong bebas kosmetik katanya. Tak bercapuk & nampak sangat natural. Senang nak pakai & memang sekata. Kulit nampak fresh je lepas apply & bila panas dia bagi effect lagi cantik pulak sebab dia tak berminyak tapi bila kita terdedah kat panas macam jadi lembab & nampak glowing. Yang jenis kulit sensitif senang berjerawat elok pakai chriszen moist cake ni katanya tak menyebabkan jerawat. Pendek kata benda alah ni jimat masa kita nak bersolek. Almaklum la aku ni kalau nak keluar memang tak confident langsung dengan muka kosong. Nak make up kena la tutup & procted apa yang patut dulu.. pertama aku sapu day cream yang ada UV protection. Kadang2 aku sapu sunblock. Kalau kulit kering skit kena sapu pelembab dulu. Baru aku sapu foundation lepas tu concealer nak cover dark circle & dark sport bagai kat muka. Last sekali baru nak tenyeh bedak. Banyak kan perkara nak buat. Tapi dengan chriszen moist cake ni.. Satu benda cover 3 perkara. Settle.


Wanita bekerja sangat sesuai la produk ni. Pagi2 jimat masa bersolek. Surirumah macam aku pun tak salah nak pakai. Apa ingat surirumah tempek bedak sejuk je ke 24 jam & asyik terperap celah dapur buat benda ni >> Ini Style Urban Mummy Akan Buat Setiap Pagi. Jimat Masa & tenaga<< . Hello... ni surirumah 2016 hokay! Kami berhak nak cantik jugak tau walau duduk rumah je. kepakaran kami bukan hanya buat kerja rumahtangga, memasak,membasuh & mengemas jer.. Malah menconteng makeup ke muka juga. hahaha. Jadi jangan bila status seorang perempuan tu hanya surirumah.. nak muncung2 hokay.

Setelah aku sogokkan dengan gambaran yang indah tentang produk ni hope hangpa terhasut untuk mencuba. Best giler beb pakai menda ni! cuba dulu baru tahu.



UNTUK TEMPAHAN SILA LAYARI :


ATAU HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA :
013 7502000 (KARL)
011 12352123 (HASAN)



SUMBER :lekatlekit



0 comments :

Post a Comment

Back To Top