Terkini
Loading...

IKlan

Jom Kenali Personaliti Korang Daripada Tulisan Tangan !



Adakah korang seorang peramah, pemalu atau kedua-duanya? Mungkin juga korang yang sombong, atau mungkin juga korang seorang yang mempunyai kecenderungan untuk selalu berbohong?
Kesemua ciri-ciri itu tadi mungkin boleh dikesan daripada cara penulisan tangan korang.
Menurut kajian dari National Pen Company di Amerika Syarikat, tulisan tangan anda boleh memberikan petunjuk tentang personaliti anda; berdasarkan bentuk, ruang, saiz dan juga tandatangan anda pada kertas.
Jom kita lihat personaliti korang daripada ciri-ciri berikut:
1. Saiz
1
👉 Saiz tulisan yang kecil: Pemalu, rajin, menumpukan perhatian, dan teliti.
👉 Saiz tulisan sederhana: Mudah menyesuaikan diri.
👉 Saiz tulisan besar: Sukakan perhatian. Yakin.

2. Jarak antara ayat
2
👉 Jarak besar: Sukakan kebebasan. Tak suka berada dalam keadaan yang sesak.
👉 Jarak kecil: Jenis tak boleh duduk seorang diri. Kena ada geng baru boleh hidup.

3. Gelungan dalam huruf ‘L’
3
👉 Gelung ‘L’ yang sempit: Suka menyekat kemampuan diri.Tak percaya diri sendiri.
👉 Gelung ‘L’ yang luas: Seorang yang rileks dan spontan.
👉 Gelung ‘e’ yang sempit: Mempunyai pemikiran yang sempit dan skeptical terhadap orang lain. Suka menilai orang lain dengan pendapat sendiri.
👉 Gelung ‘e’ yang luas: Seorang yang berfikiran terbuka. Suka mencuba sesuatu yang baru.

4. Titik pada huruf ‘i’
4
👉 Titik yang amat tinggi dari i: Mempunyai imaginasi tinggi.
👉 Titik yang bergaris : Seorang yang tidak sabar, dan tidak belajar dari kesilapan.
👉 Titik berbentuk bulat: Berwawasan, kadang kala bersikap keanak-anakan.
👉 Titik yang tepat di atas i: Seorang yang terperinci, teratur.
👉 Titik disebelah kiri i: Suka menangguh-nangguhkan kerja.

5. Kecondongan tulisan
5
👉 Condong ke kanan: Seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru
👉 Condong ke kiri: Seorang yang suka kerja dibelakang tabir tanpa diketahui umum.
👉 Tidak condong: Suka berfikiran logik.

Disebabkan ciri-ciri diatas lah, ada company yang request calon nya untuk menulis esei pendek, bertujuan bagi menilai personaliti calon tersebut sebelum diserap masuk kerja.
Ciri-ciri korang macam mana?

Credits to : Sajakongsi.com

0 comments :

Post a Comment

Back To Top