Terkini
Loading...

IKlan

Kelebihan Anugerah Losyen Sejuta Khasiat (Sweet Floral)


Gabungan perubatan moden dan Islam menjadi asas dalam pembuatan Losyen Sejuta Khasiat
Ia bukan saja menghimpunkan herba yang berkhasiat untuk kesihatan tubuh, malah telah dibacakan ayat suci al-Qur’an sebanyak 30 juzuk berserta dengan doa-doa terpilih untuk merawat, melindung dan membantu mencapai hajat dengan izin Allah SWT.
Ramuan semulajadi seperti lengkuas, serai, avocado, limau purut, daun bidara, dan minyak kayu putih yang terkandung di dalam Losyen Sejuta Khasiat membantu anda memiliki kulit yang tampil lebih halus dan sihat, selain membakar lemak dalam badan, membuang angin, meredakan keletihan dan mengatasi sakit otot dan sendi.
Selain 30 juzuk ayat-ayat al-Quran, Losyen Sejuta Khasiat telah dibacakan
  • ayat-ayat Ruqyah,
  • ayat Ruqyah Jibril,
  • ayat Ruqyah Nabawiyyah,
  • selawat Nabi dan doa Syifa’,
  • selawat Tafrijiyyah,
  • pendinding al-Muawwizat,
  • Saiyidul Istighfar (penghulu taubat),
  • ayat Kursi,
  • ayat pembatal sihir dan pukau,
  • ayat penawar sihir dan pukau,
  • doa penghindar gangguan syaitan,
  • doa penghindar hasutan syaitan,
  • doa bakar jin dan syaitan,
  • ayat penawar seribu guna,
  • ayat pendamaian,
  • ayat pelembut hati,
  • doa pengasih,
  • doa seri wajah,
  • doa pelaris perniagaan,
  • doa penyejuk,
  • doa atasi gangguan tidur,
  • doa atasi cemburu dan hasad dengki,
  • doa pendinding,
  • doa penerang hati,
  • Salam Sulaiman
  • solat hajat.




Khasiat Losyen Sejuta Khasiat Haruman Sweet Floral Anugerah

  • Menghalus dan mencantikkan kulit
  • Meningkat dan mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengatasi masalah selulit
  • Membakar lemak dalam badan
  • Membuang angin dalam badan
  • Membantu merawat sakit otot dan sendi
  • Melindungi kulit daripada sinaran ultraungu yang berbahaya
  • Meredakan keletihan
  • Mempercepatkan proses pemulihan luka dan lebam
  • Mengatasi penuaan kulit
  • Melegakan perut kembung, sakit kepala dan masalah pernafasan

Kandungan Losyen Sejuta Khasiat Haruman Sweet Floral Anugerah

  • Ekstrak lengkuas
  • Ekstrak serai
  • Ekstrak limau purut
  • Ekstrak minyak kayu putih
  • Ekstrak halia
  • Ekstrak daun bidara
  • Ekstrak avokado
  • Menthol
  • Methyl salicate
  • Carbomer
  • Minyak wangi
  • Air

Cara Penggunaan Losyen Sejuta Khasiat Haruman Sweet Floral Anugerah

  • Sapu pada bahagian badan yang sakit atau dikehendaki
  • Sebaiknya bacakan surah al-Fatihah dan berselawat
  • Boleh digunakan pada bila-bila masa
  • Untuk kegunaan luar sahaja
  • Pastikan Losyen Sejuta Khasiat tidak dilangkah




*******************
TESTIMONI
*******************



Dulu di sangka hamil, kini badan semakin langsing menawan....

Rata-rata saya pergi orang pasti akan bertanya sama ada saya mengandung atau tidak. Memang saya akui saya mempunyai ramai anak, iaitu 6 orang dan usia saya belum pun menjangkau 40 tahun. Anak saya yang paling kecil sudah pun berusia 18 bulan, tetapi mungkin disebabkan perut saya yang masih buncit ini menyebabkan kenalan menyangka saya hamil lagi. Perempuan mana yang tak malu jika sentiasa diajukan soalan yang sama.


Kadang kala saya berasa rendah diri dan malu jika berada di kalangan wanita yang kurus dan cantik. Bila tengok keadaan saya ini, memang saya tak salahkan orang kalau menganggap saya hamil. Selepas melahirkan anak saya yang bongsu ini, perut saya mengeleber dan buncit, kesan rekahan selepas bersalin serta selulit tidak juga hilang walaupun sudah mencuba pelbagai jenis produk. Saya akui disebabkan tidak mempunyai fizikal yang menarik, saya sentiasa berasa tersisih dan berfikiran negatif apabila berdepan dengan orang ramai.


Sehinggalah bulan lepas saya terbaca tentang Losyen Sejuta Khasiat Anugerah yang diharapkan boleh membantu saya menangani masalah yang saya hadapi. Memang betul, saya mula menyedari perubahan ke atas perut saya setelah memakainya selama seminggu. Perut saya yang dulunya buncit dan berlemak kini semakin kempis, dan garis-garis coklat hitam yang terdapat di perut dan pinggang saya semakin pudar.


Bukan itu sahaja, pinggang saya juga semakin ramping dan yang lebih menyeronokkan lagi saya sudah boleh memakai baju kebaya saya yang dibuat 3 tahun lepas! Setiap hari saya memang teruja untuk memakai losyen ini kerananya tahap kepanasannya yang enak dan teskturnya pun tidak melekit. Bau losyen ini pun seakan bau minyak wangi dan tahan lama. Bayangkan walaupun sudah seharian berada di pejabat, bau losyen ini tetap ada sehingga saya pulang ke rumah pada sebelah petang.


Saya tak sangka dapat bertemu dengan Losyen Sejuta Khasia Anugerah ini kerana secara tak langsung telah mengembalikan keyakinan saya. Kini orang ramai bukan bertanya sama ada saya mengandung atau tidak, tetapi tentang rahsia atau petua saya mengekalkan bentuk badan saya walaupun sudah beranak 6!

Rasyidah Munir, 38 tahun, Rawang


Tiada lagi masalah keputihan dan perut buncit...

Sebelum ini, saya menderita kerana mengalami keputihan yang sangat teruk, dan masalah tersebut semakin berpanjangan walaupun sudah pelbagai produk yang saya cuba. Tambahan pula saya mempunyai alahan kepada produk pembersih wanita yang mempunyai wangian, makin rasa gatal dibuatnya. Alhamdulillah, setelah dua minggu saja mengunakan Losyen Sejuta Khasiat Anugerah ini, keputihan yang saya alami semakin berkurangan. Tiada lagi gatal-gatal yang saya tanggung selama ini. Bukan itu saja, sejak mengamalkan losyen ini juga, perut saya yang agak menggeleber juga semakin kempis dan tiada lagi masalah angin. Rasa panas losyen ini pun memang melegakan. Terima kasih Losyen Anugerah!


Suhailah bt Jamalus, 40 tahun, Semenyih, 010-335xxxx








Kalau tak kerana Losyen Anugerah, rumahtangga saya mungkin hancur…

Rupa-rupanya dalam zaman serba moden ini semakin ramai mengamalkan ilmu hitam sebagai jalan pintas untuk mencapai hajat hati mereka. Saya tidak sedar yang sebelum ini saya terkena buatan orang. Dalam tempoh 8 bulan lalu, saya dan suami sentiasa bertengkar. Malah keadaan dalam rumah sentiasa ‘panas’. Saya bukanlah seorang yang panas baran tetapi apa sahaja yang suami lakukan pasti ada yang tak kena. Kadang-kadang kerana benda yang kecil pun boleh bergaduh sehingga tak bertegur sapa. Nak tengok muka dia pun saya dah tak ‘lalu’, tak tau apa sebabnya.



Melihat keadaan semakin teruk, adik saya membawa pulang Air Anugerah dengan harapan ia dapat ‘menyejukkan’ hati saya. Di samping itu juga, beliau memberikan Losyen Sejuta Khasiat untuk saya cuba. Katanya ianya bagus untuk buang angin-angin dalam badan dan masalah dalaman wanita. Entah kenapa saya rasa macam terpanggil-panggil untuk mencuba losyen ini. Dengan kuasa Allah, bila saya buka dan hidu sahaja losyen ini, tiba-tiba saja saya rasa sebak dan bila saya pandang ke arah suami, saya terus menangis beriya-iya di hadapannya. Situasi tersebut memang pelik, tak dapat saya nak gambarkan perasaan saya pada masa itu. Tak pernah saya rasa sedih sebegitu dan terus memohon kemaafan suami di atas segala kesalahan yang telah saya lakukan.



Beberapa hari kemudian, saya dan suami mendapatkan rawatan di pusat perubatan Islam. Menurut ustaz yang membantu mengubati saya, ada orang terdekat yang telah menghantar ‘sihir’ ke rumah dengan tujuan untuk memisahkan saya dan suami. Sebab itulah saya dan suami terasa ‘jauh’ sebelum ini. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah SWT, kini rumahtangga kami semakin tenang. Tetapi kini saya sekeluarga mengamalkan Air Anugerah untuk perlindungan dalaman dan losyen Anugerah yang wangi ini untuk perlindungan luaran. Saya kini berasa lebih selamat kerana kami sekeluarga membaluti diri dengan kekuasaan ayat-ayat Al-Quran. Insya Allah.

Pn Mazlinda, 39 tahun, Taman Inderawasih, Butterworth.




KITA HANYA IKHTIAR ,BERUSAHA DAN BERTAWAKAL. YAKIN KESEMBUHAN ADA PADA ALLAH S.W.T.


Untuk mendapatkan produk ini , anda boleh klik link ini :
https://www.lelong.com.my/anugerah-losyen-sejuta-khasiat-sweet-floral-150g-vaganza-191401356-2018-04-Sale-P.htm



Kredit :
Aznybeautyshop .

0 comments :

Post a Comment

Back To Top