Terkini
Loading...

IKlan

ORANG ANGGAP SANGAT KAYA TAPI SAYA TAK RASA MILIKI APA-APA – JACK MA


HENAN – Walaupun mempunyai aset yang mencecah ratusan bilion ringgit, pengasas Kumpulan Alibaba, Jack Ma bagaimanapun memberitahu bahawa beliau tidak tahu dan tiada masa untuk berbelanja.
Bukan sombong, tetapi Jack menyatakan bahawa wang tidak lagi penting buatnya jika dibandingkan zaman mudanya.
“Walaupun orang lain anggap saya sangat kaya, tetapi saya betul-betul merasa tidak memiliki apa-apa pada masa ini.
“Saya tiada masa untuk berbelanja dan tidak melihat wang itu penting sangat buat saya pada masa ini. Wang memang sesuatu yang sangat penting buat saya pada masa itu,” katanya seperti dipetikChina Press.
Jack berkata, ayahnya seorang kerani bersama ibunya merupakan orang biasa yang tidak boleh mencapai kejayaan menggunakan hubungan atau saluran yang ada.
“Kami tidak mempunyai simpanan yang ditinggalkan pada semalam, kami juga tidak mempunyai apa-apa sumber pada hari ini.
“Apa yang boleh saya lakukan adalah membuat penilaian mengenai esok hari,” katanya.
Menurutnya, seseorang harus mempunyai penilaian mengenai masa depan yakni peluang dan masalah yang akan wujud pada 10 tahun akan datang.
Katanya, seseorang juga tidah harus putus asa selepas mengenal pasti hala tuju masa depan tersebut.
Jack berkata, semua orang harus mengikuti perkembangan zaman atau ditelan oleh arus pembangunan.
Katanya, pengemis di Hangzhou, China turut mengikut perkembangan dengan menggunakan Kod QR untuk tujuan mengemis.
“Jika pengemis pun tidak ketinggalan dengan trend semasa, maka usahawan yang mengeluh tentang ekonomi virtual betul-betul merupakan pesakit Internet,” katanya.


SUMBER : malaysianreview

0 comments :

Post a Comment

Back To Top