Terkini
Loading...

IKlan

Perangai Pelik Manusia Kini .


Assalamualaikum semua..Tertarik dan menarik ketika Itik Kejam membuat entri pasal jenis jenis kera edisi National Geographic pulak tu..haha. Ok hari ini aku nak korang lihat dan hayati ape yang aku nak kongsikan hari ini. Mungkin setengah orang dah masak dengan perangai dan karenah manusia di dunia ini.

Biasa la tu, nama pun lumrah hidupkan. Suka ke tak suka ke kena terima jugak lah, tak baik gaduh2 ni. Kita sebagai umat Islam hendaklah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita, kalau dah macam ini baru dikatakan adanya perpaduan untuk terus maju dan maju lagi. Nak dikatakan mungkin korang sudah kenal bermacam-macam perangai manusia sekarang antara perangai baik, perangai suka menganjing, perangai yang buatkan korang suka dan tak suka ah!

Ok ini jenis jenis manusia yang aku list kan,itupun kalau korang nak menambah lagi, boleh….apa salah nya  =)

1. PERANGAI YANG BAIK

Perangai yang baik…urmm mungkin orang yang baik hanyalah untuk orang baik,orang yang jahat pulak hanya untuk orang jahat. Sebab tu ada pepatah
“Buat baik dibalas baik,Buat jahat dibalas jahat perbuatannya”
ijaicakap dengar ada buat entri pasal aku JAHAT, kau lah BAIK!!!. Erm nak menilai orang nih aku rasa tak boleh pada luaran je, sebab tu ustaz aku ada cakap, nak tengok orang menilainya melalui amalan yang dia buat, itu baru lah boleh jadi pemimpin jawabnya, jangan sekadar cakap je, habuk pun tarak?

2.PERANGAI YANG BURUK

ini..erm no komen lah bagi aku..ini korang fikir fikirlah dah selamat beramah  =)

3. PERANGAI TAK SENONOH

ini pulak dinamakan rosak majlisOpen tu..haha..kalau macam ni perangai korang rasa macam mana , best tak??hehe

4.PERANGAI HAIWAN

Ya Allah ini..hah ini yang dinamakan perangai haiwan..tergamak buang bayi sendiri, darah daging sendiri. Inilah petanda dunia akhir zaman…

5.PERANGAI BUDAK-BUDAK

hehe ini aku suka.. Dia merajuk kita pujuk, kita merajuk sapa la pulak nak pujuk eea??hehe. Baru dikata romantis =)
ok pasal perangai kebudakan ini aku baca entri X-PO yang mana entri dia pasal Makin Berumur, Lelaki atau Perempuan Makin matang???. ini aku de copy paste sikit kat entri dia(jangan marah yer hafizudin)
“Korang rasa korang dah cukup matang ke belum? Mentang-mentang dah sunat, terus rasa diri itu dah matang ek? Ok jap, kita boleh rasa ke kita ni dah matang atau tidak? Atau kita boleh rasa yang kita telah mengalami perubahan ke arah proses kematangan? Apa yang aku rasa la kan, yang matangnya adalah tahap pemikiran sahaja, tapi perangai atau sifat, tak akan matang. Kalau matang pun, sikit sahaja. Bagi aku la. Kenapa aku cakap camtu?”
Hah korang fikir2 lah yerk??

6 PERANGAI BAPAK-MAK anak

hah ini la perangai anak borek bapak rintik, atau dalam bahasa kampungnya like father like son..=)
perangai inilah dapat mengakrabkan lagi hubungan kekeluargaan jika mak ayah baik anak pun insyaALLAH baik..
p/s entri ini hanya lah pandangan/kritikan SyahrilHafiz saja, so kalau  terkasar bahasa jangan ambil hati yer..Langkah Tercipta..sekian



Pelik dengan perangai manusia sekarang Aku tak pelik dengan perangai manusia hari ini. Aku pelik dengan orang yang bertanya perkara-perkara pelik. 

Umat Islam pada hari ini banyak pada kuantiti tapi kurang kualiti. Kebiadapan mencemuh orang adalah akibat kurangnya akhlak yang diterapkan didalam Islam. Umat Islam pada hari ini suka berhibur laki perempuan menari poco-poco bersama dengan alasan bersenam. Perbuatan yang tak menghalalkan cara. Sejauh manakah batas-batas ini dijaga? ade? takde kan... 

Yoga ada perbuatan pemujaan yang dilakukan oleh penganut hindu. Sedangkan Islam melarang umatnya meniru perbuatan penyembahan yang dilalukan oleh orang kafir. Kalau nak kata senaman, solat pun senaman yang lagi berpahala. Kenapa tak buat? kita terlalu meniru-niru perbuatan orang kafir. Sekarang heboh pula video lucah ...... Tersebar secara berluasa...? Setahu aku... kalau seseorang itu mengedar atai memiliki video lucah akan ditangkap dan didakwa ttp ada orang menyatakan beliau ada simpan video lucah kenapa tak ditangkap????????? 

Kita niii seronok sangat dengan cerita yang tidak benar....!!! Wahai seluruh rakyat Malaysia jika kita menyebarkan fitnah maka tunggulah azab dari ALLAH. Allah s.wt. telah berfirman maksudnya "Hai bani selama engkau berdoa dan berharap kepadaku, aku ampun akan apa yang terjadi daripada kamu dan tidak aku hirau bertapa banyaknya. Hai bani adam andaikan dosa mu memuncak kelangit kemudian engkau meminta ampun kepada ku, aku ampun bagi mu dan tidak aku hiraukan bertapa banyaknya. Hai bani adam sendainya engkau datang kepadaku dengan dosa sepenuh bumi asalkan engkau tidak menyekutukan aku dengan sesuatu pun, nescaya aku isi semua itu dengan pengampunan." 

Pandangan Ulama pada hari ini dipandang sepi. Pandangan orang berkepentingan dunia lebih dipandang tinggi. Jika Ulama bersuara dan mengeluarkan fatwa maka ada pihak-pihak yang menidakkannya.



Sumber :
SH .

0 comments :

Post a Comment

Back To Top