Terkini
Loading...

IKlan

Perlu ke tak untuk memanaskan enjin kenderaan sebelum memulakan perjalanan?


Setiap kali sebelum memulakan perjalanan, ada orang yang akan memanaskan enjin kenderaan, khususnya waktu pagi.

Perlu ke tak untuk memanaskan enjin kenderaan sebelum memulakan perjalanan?

Bermula tahun 1990-an, sistem pencucuhan kereta digantikan kepada suntikan bahan api atau fuel injection, daripada sistem enjin karburetor. Sistem fuel injection  berfungsi mengarahkan injektor terbuka lama bagi menyuap lebih banyak bahan api ke dalam enjin ketika cuaca sejuk. Bila enjin panas pula, injektor akan mengurangkan suapan bahan api. Ini bermakna sistem penggunaan bahan api bagi kereta moden hari ini lebih cekap dan menjimatkan.


Secara ringkasnya, enjin bagi kereta moden hanya memerlukan tempoh 30 saat sahaja waktu menunggu sebaik sahaja enjin dihidupkan. Lebih lama enjin dari kereta moden dipanaskan, lebih banyak minyak dan masa dibazirkan.


Berbeza dengan kereta dikawasan salji, kenderaan di negara-negara ini memerlukan sedikit masa untuk enjin mencapai suhu optimum sebelum dapat beroperasi dengan baik.





sumber:


0 comments :

Post a Comment

Back To Top