Terkini
Loading...

IKlan

Resepi Pisang Goreng Cheese .

Pernah dengar tak pisang goreng cheese ?
Mesti sedapkan . Jadi harini kita kongsikan 1 resepi pisang goreng bersama cheese daripada nooriah Abdullah



Untuk resepi pisang goreng nya.

1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
sedikit garam
sedikit kunyit
2 sudu besar minyak panas
secukup nya air agak-agak pekat lah utk salutkan pisang tu

Gaulkan je semua nya,  akhir sekali letakkan minyak panas yang telah stanbye utk kita goreng pisang tu, sebelum masukkan pisang, letakkan sikit minyak dalam bancuhan tepung untuk merangupkan lagi gorengan kita. Gorenglah pisang yang telah di hiris nipis, salutkan pada tepung sehingga kekuningan dan tos kan.




Untuk resepi sos karamel kaknoor intai dari blog MASAM MANIS, dah buat awal lah dan masukkan dalam petiais, bila nak guna hanya masukkan dalam microwave saja dalam 1 minit lepas tu dah boleh tuangkan di atas pisang goreng kita.


Caramel Sauce 

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk



Cara menghidangkan nya.

Susun kan goreng pisang di atas pinggan, curahkan sos karamel dan akhir sekali letakkan cheese, boleh jugak di letakkan cheese nya double, mula nya cheese, kemudian sos karamel dan akhir sekali cheese lagi sekali terpulang lah pada selera masing-masing ya..



Pada masa ni memang dah habis gorpis ni sebab sedap sangat bila dimakan panas-panas dengan cuaca yang suam-suam di pagi ni, ada teringin boleh try sendiri sangat mudah dan sedap.

0 comments :

Post a Comment

Back To Top