Terkini
Loading...

IKlan

10 kawasan pelik dan misteri di dunia



Ramai di antara kita yang tertanya-tanya tentang kewujudan kehidupan di luar bumi seperti makhluk asing dan UFO. Dan walaupun mereka memang wujud, bagaimana rupa mereka? Bagaimanakah kehidupan mereka? Adakah berbeza daripada kita?
 
Berdasarkan ini, terdapat banyak ilustrasi dan latar belakang kehidupan makhluk asing seperti filem-filem Star Wars dan Avatar, yang telah memberikan kita gambaran bahawa mereka benar-benar wujud.
 
Tetapi mungkin kita tidak perlu hingga ke angkasa lepas untuk melihat tempat-tempat asing kerana kita juga mempunyai tempat seakan-akan tinggalan makhluk asing di sini, iaitu di planet Bumi.
 
1. Gunung Roraima, Brazil / Venezuela

Ini adalah salah satu gunung yang paling unik di dunia. Daripada mempunyai tapak gunung yang luas dan puncak yang sempit seperti kebanyakan gunung lain, Gunung Roraima ini mempunyai puncak rata, menyerupai dataran tinggi. Apa yang menarik juga tentang gunung ini adalah ia mempunyai banyak hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan, sesuatu yang amat luar biasa bagi jenis gunung seperti ini.
 
2. Fly Geiser, Amerika Syarikat

Pada tahun 1916, satu perigi telah digali di Nevada, Amerika Syarikat. Perigi ini telah berfungsi selama lebih 45 tahun sehinggalah air panas mula meledak melaluinya. Garam terlarut dari tanah mula terkumpul hasil daripada tindakbalas air panas yang  mengalir dari masa ke masa, menyebabkan ia menjadi longgokan garam mineral yang berwarna-warni.
3. Segi Tiga Bermuda, Lautan Atlantik 
Segitiga Bermuda mungkin mungkin menjadi tempat yang paling misteri di dunia ini kerana masih tiada siapa tahu apa yang sedang berlaku di sana. Ia merupakan kawasan berbentuk segi tiga di Lautan Atlantik yang mempunyai banyak kes-kes yang tidak dapat diselesaikan seperti kehilangan kapal, pesawat dan banyak lagi kes misteri yang masih tiada jawapan hingga ke hari ini. Ada yang menyatakan bahawa terdapat satu piramid dibawah dasar lautan ini.
 
4. Moeraki Boulders, New Zealand 
Di Pantai Koekohe, yang terletak di Pulau South di New Zealand, terdapat beberapa batu-batu besar dan pelik tersebar di kawasan ini. Batu-batu ini mempunyai lilitan sehingga 12 kaki dan juga dipenuhi dengan pelbagai bahan mineral. Sekali pandang macam telur dinasour pun ada.
 
5. Caño Cristales, Colombia 
The Caño Cristales dianggap sebagai sungai yang paling indah di dunia. Apa yang menarik tentang sungai ini, antara September dan November, pelbagai warna boleh dilihat di dalam sungai ini, seperti kuning, biru, merah, hijau dan merah jambu. Warna-warna ini adalah hasil daripada pelbagai tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di dalam sungai itu sendiri. Menarik bukan?



6. Aokigahara, Jepun 

Aokigahara adalah hutan yang terletak di kaki Gunung Fuji iaitu gunung yang tertinggi di Jepun. Mempunyai keluasan lebih 3,500 hektar, terdapat banyak misteri mengenai hutan ini. Penduduk setempat berpendapat bahawa terdapat banyak sihir yang menghantui hutan ini, dengan beberapa penampakan makhluk halus. Ia juga adalah tempat di mana ramai membunuh diri. Terdapat lebih 500 kes bunuh diri telah dilaporkan.
 
7. Christ Of The Abyss Di San Fruttuoso, Itali 
Di San Fruttuoso, Itali, terdapat sebuah patung gangsa Yesus Kristus yang berdiri dibawah dasar laut. Patung setinggi 2.5 meter, telah diukir oleh Guido Galletti dan diletakkan di dasar laut ini pada 22 Ogos 1950. Tujuan diletakkan disitu masih kekal misteri.
 
 8. Hutan Batu - Shilin Stone Forest, China 
Jika anda telah terpukau dengan hutan Aokigahara, tunggu sehingga anda melihat pula hutan batu di Wilayah Yunnan, China. Hutan yang mempunyai keluasan 96,000 ekar ini bukan sahaja terkenal dengan pokok-pokok yang tinggi, tetapi ia juga mempunyai batu-batu kapur yang tinggi yang kelihatan seperti bangunan pencakar langit.
 
 9. Pokok Darah Naga, Socotra


Dracaena Cinnabari, atau pokok darah naga, adalah pokok pelik di Socotra, iaitu kepulauan kecil daripada empat pulau yang terletak di Lautan Hindi. Pokok darah naga ini kelihatan seperti cendawan gergasi. Pokok ini tidak hanya mempunyai pandangan yang pelik, ia juga boleh digunakan sebagai ubat untuk merawat pelbagai penyakit.
 
 10. Desert Rose, Socotra 
The Desert Rose merupakan sepsis bunga mawar yang kelihatan agak pelik, tidak secantik mawar yang kita biasa lihat. Ini adalah disebabkan proses evolusi mawar tersebut di kepulauan Socotra. Mawar mempunyai batang yang besar supaya ia dapat menyimpan air sebanyak mungkin ketika musim kemarau.



Wallahu a'lam .
Kredit : Syazwan Aizad & Era fm Muzik Hits .

0 comments :

Post a Comment

Back To Top