Terkini
Loading...

IKlan

10 Khasiat Air Kelapa



Bila kali terakhir anda minum air kelapa? kalau nak fikirkan, air kelapa jarang menjadi pilihan utama apa bila hendak menghilangkan rasa dahaga. Ini pasti akan berubah apabila anda habis membaca aritkel ini.
Kepada yang mencari minuman yang sihat untuk tubuh badan, tiba masanya untuk anda ketahui rahsia khasiat Air kelapa.
Bukan saja Air kelapa sedap tetapi cecair ajaib ini juga rendah kalori, rendah lemak, dan penuh dengan vitamin dan mineral penting untuk kesejahteraan tubuh badan. Inilah 10 sebab kenapa anda perlu minum air kelapa:

1. Mengurangkan Berat Badan

Kalau di banding dengan minuman yang lain, kandungan lemak Air Kelapa sungguh rendah membuat anda tidak perlu takut berat badan anda naik kalau anda minum banyak skali pun. Kalau anda hendak minum sesuatu selain dari air kosong sambil mengekalkan berat badan anda air kelapa sesuai sebagai pilihan.

2. Penjagaan Kulit

Kepada yang hendak memiliki kulit yang sempurna, air kelapa boleh memastikan kulit anda licin berseri. Apabila anda minum air kelapa ia membantu memulihkan kelembapan semulajadi kulit anda.
Kulit yang kering selalunya bererti kulit yang rosak. Kulit bergantung kepada lapisan Lipid untuk melawan iritasi kulit yang disebabkan oleh bakteria, virus dan kulat.
Apabila kulit anda menjadi kering, ia hilang keupayaan semulajadi untuk melawan bakteria meningkatkan potensi tumbuhnya jerawat.
Kalau anda sedar, banyak produk kecantikan yang popular di pasaran mengandungi ekstrak buah kelapa kerana kebaikanya dalam penjagaan kulit telah lama terbukti.

3. Membantu Penghadaman

Jika anda selalu rasa kembung dan susah untuk menghadam makanan, air kelapa boleh membantu proses penghadaman anda.
Ini kerana air kelapa mengandungi kadar serat tinggi yang boleh membantu dan mencegah masaalah pencernaan . Tambahan pula, air kelapa dapat mengurangkan berlakunya refulks asid dalam perut anda.

4. Menggalakkan Penghidratan

Apabila anda berseman ataupun menjalankan aktiviti fizikal, badan anda akan kehilangan mineral penting yang membuat anda rasa letih.
Daripada anda minum Air Isotonik yang penuh dengan gula, anda boleh menggantikan mineral yang hilang dengan cara yang lebih sihat. Air Kelapa membawa kesan yang sama seperti minuman Isotonik dalam menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersenam.
Satu cawan Air Kelapa mengandungi 294 mg Kalium dan 5 mg Gula semulajadi. Kandungan gula yang rendah dibandingkan dengan minuman Isotonik menjadikan ia alternatif yang sihat.

5. Menurunkan Tekanan Darah

Tahap elektrolit yang tidak seimbang di dalam badan boleh menyebabkan tekanan darah yang tinggi.
Kerana Air kelapa ini mempunyai kandugan elektrolit yang mencukupi dan boleh digunakan untuk mengimbang semula kandungan elektrolit dalam badan.
Kajian yang boleh dijumpai di dalam West Indian Medical Journal 2005, menunjukan air kelapa dapat mengurangkan kadar tekanan darah 71% dari perserta kajian tersebut.

6. Kaya Dengan Nutrien & Vitamin

Berbeza dengan jus lain yang ada di pasaran, air kelapa mengandungi dos Vitamin dan Nutrien yang penting untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Lihat sendiri betapa banyak Vitamin & Mineral terdapat didalam Secawan Air Kelapa:
%DV: Daily Values 
Vitamin Air Kelapa
Sumber: Nutritiondata.self.com

7. Penuh dengan Potassium

Kepada yang belum tahu tentang kebaikan Potassium, ia membantu membina protein dan bertanggung jawab untuk merangsang saraf dan otot seluruh badan. Ia juga membantu tulang anda mengekalkan kalsium.
Secawan air kelapa mengandungi 600 milligram Potassium yang merupakan 17%  dari jumlah harian yang disyorkan. Ini sama seperti anda makan satu biji pisang yang besar. Cukup sebab untuk anda jadikan Air kelapa sebagai satu sumber bekalan Potassium harian anda.

8. Mengimbangkan kadar pH Badan

Stress dan tekanan kehidupan harian, tambahan pula makananan segera yang penuh dengan bahan kimia, boleh meningkatkan kadar asid dalam badan ke tahap yang bahaya.
Ini membuat badan kita rasa lemah dan mengurangkan keupayaan semulajadi tubuh kita menyerap mineral yang penting. Kadar pH badan yang tinggi juga boleh meletak tekanan pada hati untuk berkerje lebih keras. Selain daripada itu, antara penyakit lain yang boleh disebabkan oleh kadar pH tinggi adalah:
  • artritis reumatoid
  • osteoporosis
  • Kencing Manis
  • tekanan darah tinggi
  • kurang daya tahan.
Air kelapa memberi kesan alkali dan bertindak untuk mengimbangkan kadar PH dalam badan.

9. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Air kelapa mengandungi asid amino dan serat yang boleh membantu mangawal kandungan gula dalam darah .
Ia juga meningkatkan sensitiviti insulin. Kajian menunjuk air kelapa membawa kesan terapeutik kepada tubuh manusia dengan cara membantu mengurangkan paras glukosa darah.

10. Melambatkan Proses Penuaan

Air kelapa mengandungi Cytokinins yang mempunyai kesan anti-penuaan pada tisu dan sel-sel kulit. Ini mengurangkan risiko mendapat penyakit degeneratif yang berkaitan dengan usia.
Kuasa Penghidratan Air Kelapa juga memastikan kulit anda mendapat kelembapan yang cukup untuk membantu dalam melambatkan penuaan kulit.

Berapa Banyak perlu anda minum?

Ada banyak cara anda boleh menikmati Air Kelapa dan cara yang paling sihat adalah minum terus daripada buah tanpa menambah gula.
Apapun cara anda pilih untuk menikmati Air Kelapa, pastikan ia dalam kuantiti yang berpatutan. Satu cawan sehari sudah cukup untuk anda memperoleh kebaikan yang tercatat diatas.
Pakar kesihatan dari Klinik Mayo mengatakan bahawa anda perlu mengekalkan gaya hidup yang sihat jika anda hendak Minum Air Kelapa dengan kuantiti yang banyak kerana setiap satu 28 gram hidangan air kelapa mempunyai 45 ke 50 kalori.
Betapa bagus pun sesuatu makanan itu untuk kesihatan, jikalau diambil secara berlebihan, boleh mendatangkan kemudharatan.
Petua pilih buah kelapa yang sesuai untuk di minum adalah, lagi muda kelapa itu lagi bagus isinya.
Dinasihati supaya anda pilih yang hijau dan muda kerana ia mempunyai kandungan air yang lebih banyak.
kalau anda nak tahu kandungan air dia banyak ke tak, goncang saja kelapa itu dan dengar isi kandungan nye. Harap anda mendapat manfaat dari artikel ini.


Sumber :
mai singgah

0 comments :

Post a Comment

Back To Top