Terkini
Loading...

IKlan

Bila Anda Makan Mangga, Anda Tahu Tak Khasiat-Khasiat Ni?




Buah-buahan adalah salah satu bahan makanan yang akan memberikan kita nutrien atau khasiat yang kita perlukan.
Di dalam post ini saya ingin kongsikan sepuluh khasiat yang ramai orang tidak tahu mengenai buah ini.
Tahukah anda manfaat-manfaat yang ada di dalamnya?
1. Menghalang kanser
Kajian menunjukkan di dalam buah mangga terdapat kompoun antioksida yang dilihat boleh melindungi diri dari kanser kolon, payudara, eukimia dan prostat.
Terdapat kompoun seperti quercetin, isoquercitrin, astragalin, fisetin, gailic acid dan methygallat serta pelbagai lagi enzim.
2. Mengurangkan kolestrol
Jumlah fiber yang banyak, pectin dan vitamin C membantu mengurangkan tahap serum kolesterol terutama sekali Low-Density Lipoprotein (LDL).
3. Membersihkan kulit
Boleh digunakan di dalam dan di luar kulit. Mangga membersihkan liang-liang yang tersumbat dan menghapuskan jerawat.
4. Kesihatan mata
Satu cawan mangga yang telah dipotong membekalkan 25% keperluan vitamin A harian anda, yang membantu dalam menjaga penglihatan dan menghalang rabun malam dan mata kering.
5. Mengalkalikan satu badan
Asid tartaric, malic dan sedikit asid sitrik yang ada di dalam buah itu boleh membantu mengekalkan rizab alkali dalam badan.
6. Membantu mengurangkan diabetes
Daun mangga membantu menormalkan tahap insulin di dalam darah.
Anda boleh panaskan air, rendamkan daun tu pada waktu malam dan kemudiannya minum air tu pada waktu pagi.
Buah mangga juga mempunyai glycemic index yang rendah (41-60) jadi kuantiti yang sederhana tidak akan meningkatkan kadar gular dengan mendadak.
7. Membantu pencernaan
Bukan betik sahaja buah yang mempunyai enzim untuk memecahkan protein. Terdapat beberapa buah termasuk mangga yang mempunyai manfaat ini.
Fiber di dalam mangga juga membantu pencernaan dan membuang sisa-sisa dari dalam badan.
8. Mengurangkan panas badan
Buat jus dari buah mangga hijau dan mencampurkannya dengan air dan sedikit gula boleh mengurangkan panas badan dan menghalang keadaan yang bahaya pada badan.
Dari kaca mata perubatan tradisional ayurveda, sebab kenapa orang selalu letih apabila anda berada di kawasan khatulistiwa (Malaysia) ialah kerana tenaga matahari yang kuat memanaskan badan anda terutama sekali di bahagian otot.
Kemudiannya buah pinggan menjadi penuh dengan toksin dari proses ini.
9. Meningkatkan imunisasi badan
Jumlah vitamin C dan vitamin A yang banyak di dalam mangga termasuk 25 jenis karotenoid memastikan sistem imunisasi sihat dan kuat
Anda minat buah mangga?


Kredit : Abdul Rahman

0 comments :

Post a Comment

Back To Top