Terkini
Loading...

IKlan

Cara Mencegah Gastrik


Gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira kanak-kanak atau orang dewasa. Antara penyebab terjadinya gastrik adalah pemakanan yang tidak teratur dan tekanan perasaan. Penghidap gastrik pasti berasa tidak selesa apabila perut sakit. 

Jika anda pernah diserang gastrik, kebarangkalian ianya berulang adalah tinggi. Sebaiknya amalkan langkah pencegahan seperti berikut:

Makan mengikut waktu

Pastikan anda makan mengikut waktu yang ditetapkan. Jika perut dibiarkan kosong, asid hidroklorik yang dirembeskan dalam perut akan menghakis perut anda yang menyebabkan terjadinya gastrik

Minum air putih

Minum air putih secukupnya bagi mengurangkan kepekatan asid hidroklorik di dalam perut anda. Elakkan minum susu dan minuman berkarbonat (mengandungi gas) kerana ianya boleh memburukkan lagi gastrik

Kurangkan makanan tinggi asid

Kurangkan makan makanan yang berasid tinggi seperti jeruk atau limau dan makanan yang terlalu pedas. Jika mengambil makanan ini, makan bersama makanan lain yang tidak berasid seperti nasi dan sayur. 

Semua langkah-langkah pencegahan seperti di atas perlulah dilakukan secara konsisten pada setiap hari. Sekiranya anda perlu mengambil ubat gastrik, dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu. 



sumber :tips--petua.blogspot.my

0 comments :

Post a comment

Back To Top