Terkini
Loading...

IKlan

Rawatan Ubat Resdung Bella Formula Sinus Cure

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Rawatan ubat Resdung Dengan Bella Formula Sinus Cure: Rasa macam nak putus urat leher apabila asyik bersin. Itu belum lagi dengan ketidakselesaan serta kesukaran bernafas akibat lendir di hidung. Segalanya menjadi serba tidak kena.

Bergegar otak setiap kali bersin mengundang pula sakit kepala. Aduh! Terseksanya! Nak buat kerja pun susah apatah lagi hendak beramal ibadat.

Itulah kesan RESDUNG... Satu penyakit yang mungkin pada awalnya nampak tidak begitu merbahaya dan hanya mengganggu sekali sekala tetapi kalau dah sampai tahap kronik, jangan sesekali anggapnya remeh. Resdung mampu membawa maut!

Rawatan Resdung  Bella Formula Sinus Cure

Resdung perlu dirawat segera. Jangan sampai terlambat sehingga mengundang bahaya pula!

Ada pelbagai kaedah dan rawatan yang boleh digunakan untuk merawat Resdung. Terpulang kepada anda untuk memilihnya.

Ubat Resdung

BM cuma nak mengesyorkan satu produk ini yang sememangnya telah digunakan oleh anak saudara sendiri untuk merawat atau sebagai ubat resdung dan terbukti berkesan.

Apabila ianya memberi kesan yang amat positif, mungkin tidak salah rasanya untuk dikongsikan bersama di sini. Mungkin ada yang ingin mencuba dan mungkin pula serasi dengannya. InsyaAllah... Usaha itu penting dan hasilnya hanya Allah SWT yang tentukannya...

Produk yang dimaksudkan adalah Bella Formula Sinus Cure. Sejak menggunakan produk kesihatan ini, penyakit resdung anak saudara BM telah semakin baik. Tiada lagi gejala-gejala resdung yang mengganggu kehidupan hariannya.

Rawatan Resdung  Bella Formula Sinus Cure


Kesan Penggunaan Bella Formula Sinus Cure

Berikut adalah antara kesan perubahan dan yang akan dapat diatasi setelah pengambilan Bella Formula Sinus Cure secara teratur selama seminggu. Sebenarnya dalam masa dua hari pun anda sudah merasai kesannya.
  1. Selsema pada awal pagi semakin berkurangan.
  2. Menghilangkan nafas berbau dalam hidung dan mulut.
  3. Hingus dan lendir semakin berkurang dan seakan-akan menghilang.
  4. Rasa gatal-gatal pada hidung dan wajah telah hilang!
  5. Tiada lagi sakit kepala dan rasa berat pada wajah.
  6. Jerawat yang disebabkan masalah Resdung mulai susut.
  7. Tiada lagi bersin pada awal pagi atau alah kepada bau.
InsyaAllah... jika serasi, anda tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan. Ini juga berikutan kandungan produk ini yang 100% daripada herba semulajadi terpilih dan dijamin selamat serta halal - kelulusan dari KKM dan Jakim

Rawatan Resdung  Bella Formula Sinus Cure

Kandungan Bella Formula Sinus Care, antaranya adalah:
  • Rhizome Cyclea Laxiflora   – 150mg
  • Follum Calotropis Gigantea   – 100mg                    
  • Fructus Motinda Citrifolia – 50mg
  • Flos Eugenia Aromatica     – 50 mg      

Panduan Pengambilan Bella Formula Sinus Care

Berikut antara beberapa lagi maklumat dan panduan tentang penggunaan Bella Formula Sinus Cure untuk anda:
  • Dewasa (15 tahun ke atas ) 1 biji pagi & 1 biji malam selepas makan.
  • Kanak-kanak (10-15 tahun) 1 biji pagi selepas makan (boleh buka kapsul & campur dalam air)
  • Usia 7 tahun hingga 10 tahun - makan 1/2 (separuh) biji selepas makan setiap hari (boleh buka kapsul & campur dalam air)
  • Ibu Mengandung DILARANG sama sekali mengambil Bella Formula Sinus Cure kerana ia mengandungi herba yang tidak sesuai untuk ibu mengandung.
  • Ibu yang menyusu anak yang berumur 7 bulan ke atas SAHAJA yang DIBENARKAN mengambil Bella Formula Sinus Cure.
  • Boleh diambil bersama ubat-ubatan atau suplemen lain TETAPI pastikan jarak masa antara 2~3 jam
Pastikan anda mendapat produk Bella Formula Sinus Cure yang tulen (original) kerana produk ini telah dikesan ada yang palsu.


Selamat mencuba... :)  InshaaAllah. Tiada penyakit tidak boleh diubati kecuali mati. Apa yang penting, usaha, doa dan tawakal... Yakinlah kepada yang Allah SWT.




..................................................................................................................................................


Memang tidak dinafikan, menggunakan produk Bella Formula Sinus Care ini berjaya meredakan penyakit resdung tetapi tidak dijamin akan terus mengubatinya secara kekal.

Kebetulan pula secara tidak sengaja saya telah menjumpai sebuah laman web yang memberi informasi dari Kementerian Kesihatan Brunei menyatakan bahawa produk Bella Formula Sinus Care ini mengandungi bahan terlarang dan merbahaya untuk kesihatan.

Berikut adalah petikan dari berita tersebut:
Kementerian Kesihatan (Brunei) memaklumkan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan lima (5) produk ubat-ubatan yang telah didapati dicemari dengan bahan racun berjadual dan ubat-ubatan barat yang tidak diisytiharkan. 

Sampel produk-produk berkenaan telah diperolehi dari aktiviti pemantauan dalam pasaran di kedai-kedai runcit yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi.

Produk berkenaan ialah Sinus Cure Original Kapsul, pengedar dari Bella Formula, Malaysia yang dicemari Dexamethasone, Chlorpheniramine, Best Slim Pills, pengedar dari C T V Best Group Inc, USA yang dicemari Sibutramine, Linu-Rat Kapsul, pengedar dari PJ Sido Mekal, Indonesia dicemari Acetaminophen, Phenylbutazone, LiLong Tablet yang dicemari Sildenafil, Bull's Genital Capsule, pengedar dari Anhuisanti Medical & Health Production Co Ltd yang dicemari Sildenafil.

Bahan-bahan pencemar dalam produk-produk berkenaan boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat yang membahayakan kesihatan.
Anda boleh baca sepenuhnya melalui pautan berikut:
http://www.pelitabrunei.gov.bn/kesihatan/item/19003-lima-produk-kesihatan-dicemari-bahan-terlarang

Ini mungkin menjadi punca sebenar kenapa tiada logo dan nombor kelulusan KKM dilekatkan pada botol atau bungkusan produk Bella ini.

Boleh semak nombor kelulusan di sini: http://bpfk.moh.gov.my/quest/search_result.php?, (Ada lain 2 no. KKM pula yg boleh kita jumpa di internet...huhu) 
  • MAL20032280T -  Tidak Wujud
  • MAL06121075T - Tidak Wujud
Berikutan keraguan ini maka anak saudara BM juga telah berhenti menggunakan produk resdung ini kerana takut akan kesan sampingannya.

Kesan Dexamethasone
  • Secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh menyebabkan peningkatan pada paras glukosa dalam darah yang mengakibatkan kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak, penyakit otot dan tulang, serta meningkatkan risiko jangkitan yang teruk. 
  • Dalam jangka panjang juga boleh mengakibatkan Cushing’s syndrome yang mana dicirikan dengan muka bulat atau moon face, serta kegemukkan pada bahagian badan dengan anggota kaki dan tangan yang kecil. 
  • Jika diambil dalam tempoh masa yang lama mungkin mengalami gejala yang termasuk keletihan, sakit otot dan sendi, demam, kadar gula dalam darah rendah, tekanan darah rendah dan dehidrasi.
Kesan Chlorpheniramine 
  • Pening, tekanan darah menurun, denyutan jantung yang tidak menantu, kekeliruan, kemurungan dan sawan adalah antara kesan-kesan ‘adverse’ yang boleh terhasil dari penggunaan Chlorpheniramine tanpa pengawasan.

Diharapkan informasi ini dapat melegakan rasa was-was anda terhadap produk Bella Formula Sinus Care. Terpulanglah kepada budi bicara dan anda sama ada mahu atau tidak untuk menggunakannya. Baik atau buruk...anda sendiri yang tentukan...

Wallahualam



Sumber : BinMuhammad.

0 comments :

Post a Comment

Back To Top