Terkini
Loading...

IKlan

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri




Assalamualaikum & selamat sejahtera muslimin dan muslimat .
2 atau 3 hari lagi kita sebagai umat Islam akan menyambut aidilfitri yang mulia setelah berjuang selama sebulan berpuasa ( hehehe ) .

Pada kesempatan ini , admin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin terutamanya kepada team Family , VaganzaStore Family , Sahabat handai & Seluruh umat Islam di dunia ini . 
Mana yang balik kampung tu , hati - hati memandi okay . Pastikan kenderaan dalam keadaan baik , bawa kereta jangan laju - laju , ingatlah orang yang tersayang ^^ .
Mana yang lama tak balik kampung tu , balik lah ... duit boleh dicari tapi family satu-satunya .
Nanti solat raya , kalau p masjid guna fipper tu pastikan balik rumah guna fipper jugak ye ~ , 
jangan pergi masjid guna fipper , balik rumah guna Quicksilver . 
Akhir kata , semoga Ramadhan & Raya kali ini memberi beribu makna berbanding Raya & Ramadhan tahun-tahun lalu .


Admin kongsikan beberapa koleksi photo raya berserta pesanan untuk saudara mara & rakan bersempena Hari Raya Aidilfitri .



















“Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa. jika ada kemaafan.. itu jua lah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..” 

"Ramadhan bakal beransur pergi, Syawal menjelma di aidilfitri, Seikhlas hati menyusun jari, memohon dimaaf kekhilafan diri, 'Salam Aidilfitri, maaf zahir batin' .."
"Tangan dihulur maaf dipinta,Erat hubungan sesama kita,Semoga gembira di hari yang mulia ini,Salah dan silap harap dimaaf,Selamat hari raya aidilfitri , maaf zahir dan batin."

"cahaya ramadhan berlalu pergi, menyambut tibanya aidilfitri, Ampun maaf segala peri, Semoga ikatan kekal dihati. Selamat Hari Raya Maaf zahir batin. "

"Gemersik takbir mengundang hiba,Salam diutus tanda ingatan,Syawal dinanti menjelang tiba,Salam diutus pohon kemaafan.Maaf zahir dan batin."

"Satu Syawal menjelang tiba,Takbir bergema mengegarkan jiwa,Sekiranya ada salah dan dosa,Ampun dipinta dihari mulia.Selamat hari raya maaf zahir dan batin.."

"Kata Al-Ghazali : yang jauh itu WAKTU,yang dekat itu MATI,yang besar itu NAFSU,yang berat itu AMANAH,yang mudah itu BERBUAT DOSA,yang panjang itu AMAL,SOLEH yang indah itu SALING MEMAAFKAN”Salam aidilfitri maaf zahir dan batin”."

“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..” 

"Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh.., Jika hati seputih awan, jangan biar ia mendung.., jika hati seindah bulan, hiasi ia dengan Iman dan takwa, Jika hati tersentuh oleh salah dan silapku. Mohon diberi kemaafan. Salam Aidilfitri” 

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 

"Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”



Tangan dihulur maaf dipinta,
Erat hubungan sesama kita,
Semoga gembira di hari yang mulia ini,
Salah dan silap harap dimaaf,
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin.




Kredit : Kal , AJ , Ed , Luke , Acan , Ms (MediaVaganzaTeam)
Sumber : TheStar  & Hazanis .

0 comments :

Post a comment

Back To Top