Terkini
Loading...

IKlan

Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Hari


Hari ini saya nak kongsikan 4 tips untuk kekalkan kita bertenaga sepanjang hari

TIPS #1: MINUM AIR

Kita letih sebab dehidrasi. Jadi minum banyak banyak air untuk kekal hidrasi. Sel dalam tubuh kita perlukan air untuk bertenaga.

TIPS #2: KURANGKAN MAKAN SARAPAN YANG TERLALU BERAT

Makan nasi lemak adalah tidak digalakkan. Nasi putih tinggi karbohidrat. Karbohidrat ni memberi tenaga dalam jangka masa yang pendek saja. Lepas tu, dah takde tenaga
Boleh gantikan sarapan berat dengan makan kudapan, atau snek berkhasiat seperti kekacang, yogurt rendah lemak dan buah-buahan.

TIPS #3: BERGERAK

Bila kita duduk statik kat satu tempat je, memang kita akan mudah bosan dan letih. Cuba stretch tangan sikit, berdiri dan berjalan.
Kalau boleh, jog sikit ke. Atau pandang luar tingkap ofis, kira berapa kereta lalu kat jalan raya depan tu 😉
Bila kita melatih otak kita untuk buat benda lain sikit dari benda rutin, otak kita akan jadi lebih segar, lebih excited sebab ada benda baru nak kena accomplish 😀

TIPS #4: TIDUR YANG CUKUP

Dapatkan tidur yang cukup. Kalau tidur kita tak cukup, kita akan bangun pagi dengan rasa lemah dan tak segar.
Dan ini akan affect mood kita sepanjang hari, sekaligus membuatkan kita letih sepanjang hari


0 comments :

Post a Comment

Back To Top