Terkini
Loading...

IKlan

Amalan pemakanan sihat untuk anak kecil



Pemakanan yang sihat ni penting untuk pembesaran anak-anak. Bila anak-anak makan makanan berkhasiat, mengikut diet yang betul, in shaa Allah, mereka akan lebih sihat, ceria, bijak, kuat. Jadi, penting untuk kita sebagai ibu bapa untuk memastikan anak-anak makan dengan cara yang betul. Tapi runsing macam mana nak ajar anak makan benda yang sihat?
7 Tips Makan Sihat
  • Mengenalkan tentang piramid makanan
Ibu bapa tahu tak piramid makanan tu apa? Sebelum ajar anak-anak, ibu bapa perlulah tahu dulu kan. Bermula dengan paling atas sekali seperti lemak minyak, gula, garam. Bila kt atas, size dia paling kecil dan bermakna pengambilan makanan pada atas piramid ni adalah sangat sedikit. Diikuti dengan susu atau produk tenusu (1-2 hidangan), seiring dengan ikan, ayam, itik, daging (2-3 hidangan). Lepas tu buah-buahan dan sayur-sayuran (3-5 hidangan) dan terakhir sekali ialah nasi, mi, roti, bijirin (8-12 hidangan) sehari. Ibu bapa perlulah ajar dan kenalkan anak dengan piramid makanan ini. Terangkan pada mereka fungsi setiap kumpulan makanan tersebut. Bila mereka faham, mereka pasti boleh ikut dan tidak memilih makanan.
  • No “jajan”
Makanan ringan (atau orang kita panggil “jajan”) ni memang menjadi kegemaran kanak-kanak. Kita yang dewasa ni pun kadang-kadang memang leka makan “jajan”. Tapi sebenarnya “jajan” ni adalah sangat tidak sihat dan tidak berkhasiat. Ibu bapa biasanya akan peka dan tidak memperkenalkan “jajan” pada anak-anak. Tetapi orang lain (orang terdekat seperti nenek atuk, pengasuh, sepupu) yang beri anak makan “jajan” tanpa kita sedari. Perhatikan pemakanan anak dan beritahu mereka yang “jajan” tidak elok untuk mereka. Pujuk mereka dengan baik. In shaa Allah, mereka akan faham. Jangan marah pula tau.
  • Ajar anak banyakkan minum air masak
70% dalam badan kita ni adalah air. Kita amat memerlukan air seharian, baik yang kanak-kanak mahupun dewasa. Biasanya kanak-kanak tidak suka air masak (air kosong). Ajar anak-anak untuk minum air masak dengan banyak sejak dari kecil. Mereka sememangnya seorang yang sangat aktif dan mudah dehidrasi. Sebab itu pengambilan air mencukupi adalah amat digalakkan.
  • Biasakan kudapan berkhasiat
Puree, natural food. Ini adalah salah satu cara ibu-ibu menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak. Pelbagaikan cara penyediaan makanan supaya mereka tertarik untuk makan. Be creative untuk “ajak” anak-anak makan benda yang berkhasiat. Buat kek buah ke, ubi keledek ke, ais krim buah-buahan ke. Ini boleh menggantikan “jajan” yang semakin banyak di pasaran.
  • Galakkan anak wajib ambil sarapan pagi
Sarapan pagi adalah sangat penting. Ia membantu memberikan tenaga untuk keperluan seharian. Biasakan anak-anak untuk makan sarapan pagi walau hanya dengan minum susu dan makan roti.
  • Say “No” pada air manis
Jangan ajar anak minum minuman yang manis terutama air berkarbonat, air kotak, dan sebagainya yang tinggi kandungan gula. Walaupun pada kotak tulis “kurang manis”, “no sugar”, tapi lihat betul-betul kandungan minuman tersebut. Jadi, seeloknya jangan ajar anak kita minum minuman manis, tapi galakkan pengambilan air masak.
  • Galak anak untuk kekal aktif
Jangan biarkan anak-anak terperuk kat rumah, menonton television, bermain game. Tapi galakkan mereka bermain di luar, melakukan aktiviti lasak. Ini kerana akan menggalakkan anak mengeluarkan peluh, dan mereka akan lebih bertenaga dan sihat. Takde la masalah obesiti pada anak. In shaa Allah.

Sumber : celotehummi

0 comments :

Post a Comment

Back To Top