Terkini
Loading...

IKlan

Ayam Goreng Ala Kenny Rogers



Ayam Goreng Ala Kenny Rogers memang cukup sedap dan pastinya menyelerakan. Nak membuatnya tidaklah terlalu sukar dan pastikan anda kali ini akan menjadi Pro chef untuk masakan yang beresepikan Ayam Goreng Ala Kenny Rogers ini. Berikut adalah cara untuk membuat Ayam Goreng Ala Kenny Rogers.
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk penyediaan ayam :
✓ 3 biji bawang besar
✓ 4 biji bawang putih
✓ 1 inci halia
✓ 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam – ( ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk. )
✓ 2 sudu besar madu
✓ 1 ketul kiub ayam Knorr
✓ 2 sudu besar gula pasir- Saya guna gula perang
✓ 2 sudu besar herba campuran
✓ 1 1/2 sudu teh garam halus
✓ Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan penyediaan ayam ini.
✓ Sedikit mentega
Ayam Goreng Ala Kenny Rogers Yang Sungguh Sedap!
Cara penyediaan
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam – semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.
5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
6. Hidangan boleh disertakan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.


Anda boleh lihat cara memasak ayam goreng ala Kenny Rogers melalui video ini .



Klik Link dibawah untuk melihat pelbagai barangan yang disediakan oleh kami . :)


Pelbagai produk kecantikan , kesihatan , dan banyak lagi .




Kredit : ResepiSedap.com

0 comments :

Post a Comment

Back To Top