Terkini
Loading...

IKlan

Bolehkah Pesakit Diabetes Makan Pisang?



Buah pisang merupakan sumber serat, kalium, dan vitamin C. Ketiga nutrisi tersebut bagus untuk pesakit diabetes. Tetapi anda juga harus tahu bahawa pisang mengandungi karbohidrat. Malah, hampir semua buah-buahan mengandungi karbohidrat, sehingga anda perlu menetapkan berapa jumlah hidangan pisang yang boleh dimakan.

Pisang dan diabetes



Jika anda menderita diabetes , memperhatikan jumlah dan jenis karbohidrat yang anda makan merupakan hal yang cukup penting. Hormon insulin membantu tubuh memecah karbohidrat dan diubah menjadi glukosa, yang memberi anda tenaga dan bahan bakar sel anda untuk bekerja. Pesakit kencing manis, bagaimanapun, mempunyai masalah dengan insulin dan mereka boleh mempunyai tahap yang sangat tinggi glukosa beredar di seluruh tubuh. Hampir semua buah-buahan mengandungi jumlah tinggi karbohidrat, jadi makan terlalu banyak membuat tubuh pesakit diabetes kewalahan menangani kadar glukosa. Namun, karbohidrat adalah nutrisi penting yang anda perlukan. Sebaik-baiknya, pesakit diabetes jangan mengambil pisang secara berlebihan, terutama pisang masak. Mengira jumlah karbohidrat yang dimakan merupakan hal penting untuk mengelakkan lonjakan gula darah .

Manfaat buah pisang untuk diabetes


Manfaat kesihatan buah pisang untuk pesakit diabetes sangat banyak. Buah Pisang yang enak dan disukai banyak orang merupakan buah yang rendah kalori, tetapi tinggi serat, kalium, vitamin C, dan vitamin B6. Vitamin C meningkatkan sistem kekebalan tubuh, dan kalium untuk mengawal tekanan darah. Vitamin B6 untuk meningkatkan mood. Serat membuat anda kenyang dan puas.

Pisang pada diet pesakit diabetes


Makan pisang dengan hidangan yang terkawal adalah selamat untuk pesakit diabetes. Namun, perlu anda ketahui ada perbezaan pada pisang yang masak. Para penyelidik melaporkan dalam edisi Oktober 1992 "Diabetic Medicine" mendapati bahawa peserta kajian yang makan pisang masak mempunyai tindak balas glycemic yang cukup tinggi, yang bermakna kadar gula darah naik drastik, menuntut penggunaan lebih banyak insulin. Sementara, peserta kajian yang makan pisang yang belum benar-benar masak mempunyai tindak balas glycemic yang rendah. Para penyelidik mengatakan hingga 90 peratus daripada karbohidrat dalam pisang belum matang berasal dari pati, tetapi apabila matang karbohidrat sebahagian besar merupakan gula bebas. Oleh kerana itu, pisang, terutama yang belum masak sepenuhnya disyorkan untuk pesakit kencing manis.



Kredit : http://carasehatdiabetes.blogspot.my .

0 comments :

Post a Comment

Back To Top