Terkini
Loading...

IKlan

Chester Bennington , 'Frontman' Atau Penyanyi Utama Band Linkin Park Mati Membunuh Diri


Anda masih ingat lagu Crawling, In the end, One step closer dan Faint pernah jadi fenomena masa zaman persekolahan kita dulu? Trend rambut spike jadi ikutan golongan remaja pada waktu itu. Kira-kira 2 pagi tadi dunia dikejutkan dengan kematian penyanyi utama kumpulan Linkin Park, Chester Bennington.
Menurut laporan media antarabangsa, Chester telah menggantung diri dalam kediamannya di Los Angeles.

Mati di usia 41 tahun


Menurut laporan TMZ, sumber penguatkuasaan undang-undang menyatakan bahawa Chester menggantung dirinya di kediaman persendirian di Palos Verdes Estates di Los Angeles. Tubuhnya ditemui pada hari Khamis sebelum pukul 9 pagi.
Chester telah berkahwin dan mempunyai 6 orang anak dari 2 isteri

Penyanyi itu bergelut dengan dadah dan alkohol selama bertahun-tahun. Sebelum ni Chester pernah berkata bahawa dia pernah ingin membunuh diri kerana dia telah didera oleh orang yang lebih tua sewaktu dia masih kecil.

Chester sangat rapat dengan Chris Cornell, penyanyi Rock terkenal juga telah bunuh diri pada bulan Mei. Hari ni merupakan ulang tahun Cornell yang ke-53. Chester mati pada usia 41 tahun.
Sumber: TMZ/Ohbulan

0 comments :

Post a Comment

Back To Top