Terkini
Loading...

IKlan

Ditindih Ketika Tidur , Mistik Atau Sains

Siapa yang pernah rasa ditindih ketika tidur? Masa tidur korang rasa tak boleh bergerak and rasa mcam ada benda tindih kan? Fenomena ni bukan korang je yang rasa, sebab fenomena ni dialami oleh hampir semua manusia dan fenomena ni dikenali sebagai Sleep Paralysisataupun lumpuh ketika tidur. Istilah ditindih ni digunakan sebab mangsa tak boleh nak gerakkan anggota badan, hujung jari dan dada terasa berat. Perkara ini berlaku dalam keadaan pesakit separuh sedar di mana kita boleh sedar benda disekeliling kita tapi kita masih 'tidur'. 



Secara fakta, mangsa akan merasa seperti sesak nafas seperti dicekik, sesak di dada, badansukar bergerak dan sukar untuk mengeluarkan suara sama ada bercakap atau menjerit. Fenomena ini hampir berlaku di setiap orang sekurang-kurangnya sekali atau dua kali dalam hidupnya.

Sleep paralysis boleh terjadi kepada siapa saja, lelaki atau perempuan and bapok pun boleh..hehe..dan usia rata-rata orang pertama kali mengalami gangguan tidur ini adalah dalam lingkungan 14-17 tahun. Sleep paralysis atau tindihan ini memang boleh berlaku dalam beberapa minit. Apa yang menarik, saat perkara ini terjadi kita sering mengalamihalusinasi, sama ada dalam bentuk auditory (dengar bunyi2 yang pelik), visual (nampak lembaga atau bayangan) atau tactile (deria sentuhan, terasa ada benda sentuh/hempap). Oleh sebab itu, fenomena ini sering dikaitkan dengan hal mistik seperti makhluk halus dan hantu. Halusinasi berlaku apabila otak kita masih berfungsi sebab kita cuma separa sedar je masa tu, tapi ini cuma teori asas je..dan sehingga ke hari ini, saintis masih lagi tidak dapat mengkaji lebih mendalam bagaimana halusinasi itu boleh wujud disaat kita kena tindih tu.. misterikan? Mungkin ia berkaitan dengan syaitan atau mungkin juga betul-betul halusinasi.

Halusinasi


Sebab berlakunya Sleep Paralysis
  • Paralysis ni selalu berlaku bila time nak tidur (hypnagogic paralysis) atau barubangun dari tidur (hypnopompic paralysis)Secara sainsnya, Masalah ini sememangnya disebabkan badan kita 'lumpuh' semasa tidur dan bukan disebabkan oleh makhluk halus. Melalui apa yang aku baca, hal ini kerana apabila seseorang itu hendak tidur dan mula terlelap, otak akan menutup fungsi motor dalam usaha untuk mengelakkan individu bertindak sesuatu ketika mereka sedang bermimpi. Ini bukanlah satu mekanisme yang merepek sebab korang pernah tak dengar orang yang sering menendang, memukul, dan juga berjalan semasa tidur? Pernah kan? Itu la fungsi motor ditutup. (bukan motosikal ok..) 
  • Selain tu, dipendekkan cerita, adalah normal badan manusia bila tidur akan masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement) atau senang cakap waktu nyenyak ni, biji mata kita bergerak-gerak. Then otak akan bagitau badankita suruh rehat. So, badan kita dianggap macam switch off kejap dan ini dikenali sebagai REM atonia (kita tak rasa badan kita atau tak ada deria otot). Selain tu, otak manusia pun ada switch off button dipanggil reticular activating system (RAS), bila otak dah switch off badan, otak pun akan auto switch off RAS ni, jadi yang tinggal cuma automatic function (degupan jantung, bernafas dll.) sahaja yang on.

    So, apabila kita bangun, RAS pun di switched on balik dan kita sedar dalam keadaan sepenuhnya pada masa tu. Tapi kadang2, electrical signal tak di activate kan oleh otak untuk switch on balik badan kita, maka masa tu la badan kita lumpuh seketika sebelum otak activate balik. Namun, paralysis tu tak semestinya sepenuhnya, sebab ada juga cuma lumpuh sebahagian badan je sebab tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tapi badan lain masih lumpuh. 
  • Perlu diketahui juga, fenomena ini terjadi pada orang yang tidur dalam posisitelentang yang lama (wajah menghadap ke atas dan hampir nyenyak atau dalam keadaan hampir terjaga dari tidur). Itu sebabnya, kita perlu seringmengubah posisi tidur untuk mengurangi risiko terserang gangguan tidur ini.
  • Faktor2 lain juga termasuklah kurang tidur, jadual tidur yang tak menentu (aku la ni..), stress yang melampau, pengambilan alkohol dan juga perubahan sekeliling yang mendadak.

Langkah mengatasi Sleep Paralysis
  • Bersenam dengan kerap (tapi bukan time dah nak tidur baru nak bersenam..)
  • Kurangkan stress
  • Tidur dengan cukup
  • Dapatkan jadual tidur yang tetap

Mitos Sleep Paralysis di Pelbagai Negara


  • Di budaya Afro-Amerika, gangguan tidur ini disebut 'the devil riding your back' hantu atau hantu yang sedang menaiki bahu seseorang.

  • Di budaya China, disebut 'gui ya shen' ataupun dikenali sbg gangguan hantu yang menekan tubuh seseorang.
  • Di budaya Mexico, disebut 'se me subio el muerto' dan dipercayai sebagai kejadian adanya roh orang meninggal yang melekat pada seseorang.
  • Di budaya Kemboja, Laos dan Thailand, disebut 'pee umm', merujuk pada kejadian di mana seseorang tidur dan bermimpi makhluk halus memegang atau menahan tubuh orang itu untuk tinggal di alam mereka.
  • Di budaya Icelandia, disebut 'mara'. Ini adalah perkataan kuno bahasa Iceland bermaksud hantu yang menduduki dada seseorang di malam hari, berusaha membuat orang itu sesak nafas dan mati lemas.
  • Di budaya Turki, disebut 'karabasan', dipercayai sebagai makhluk yang menyerang orang di ketika tidur, menekan dada orang tersebut dan mengambil nafasnya.
  • Di budaya Jepun, disebut 'kanashibari', yang bermaksud mengikat sehingga diertikan seseorang itu diikat oleh makhluk halus.
  • Di budaya Vietnam, disebut 'ma de' yang artinya dikuasai syaitan. Banyak penduduk Vietnam percaya gangguan ini terjadi kerana makhluk halus merasuki tubuh seseorang.
  • Di budaya Hungary, disebut 'lidercnyomas' dan dikaitkan dengan perkataan supernatural boszorkany (ahli sihir). Perkataan 'boszorkany' sendiri bermaksud menekan, sehingga kejadian ini diterjemahkan sebagai tekanan yang dilakukan makhluk halus pada seseorang di saat tidur.
  • Di budaya Malta, gangguan tidur ini dianggap sebagai serangan oleh Haddiela (isteri Hares), dewa bangsa Malta yang menghantui orang dengan cara merasuki orang tersebut. Untuk terhindar dari serangan Haddiela, seseorang harus meletak benda dari perak atau sebuah pisau di bawah bantal ketika tidur.
  • Di budaya New Guinea, fenomena ini disebut 'Suk Ninmyo' ataupun pohon keramat yang hidup dari roh manusia. Pohon keramat ini akan memakan roh manusia di malam hari agar tidak menggangu manusia di siang hari. Namun, seringkali mangsa yang rohnya sedang dimakan oleh pohon ini terbangun dan terjadilah sleep paralysis.

Apa pun teori pasal perkara ni, dan walaupun fakta sains itu mungkin betul dari segilogik..aku nak cakap yang kita masih tidak boleh menolak kewujudan makhluk halus yang sememangnya dinyatakan di dalam al-Quran. Golongan jin kafir yang selalu menakut-nakutkan manusia sememangnya wujud dan kita digalakkan untuk mengamalkan membacasurah as-Saffat (ayat 7) dan juga ayat al-Kursi dan surah 3 Qul untuk menghindarkan diri dari gangguan jin dan syaitan terutama sekali sebelum kita tidur.





JAWAPAN: Mungkin apa yang puan alami adalah kesan psikologi semata-mata akibat stress. Setiap masalah hidup yang menimpa boleh mengakibatkan gangguan fungsi organ tubuh. Reaksi tubuh ini dinamakan stress manakala depress adalah reaksi kejiwaan seseorang terhadap stress yang dialami. Reaksi kejiwaan lain yang mempunyai hubungan dengan stress ialah kecemasan (anxiety).
Lumrahnya cara gangguan stress berlaku tidak jelas dan sering tidak disedari. Walaupun demikian, pada peringkat teruk ia boleh melahirkan rasa takut dan panik yang tidak jelas puncanya, malah ia boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan, mengalami masalah tidur dan berlakunya mimpi-mimpi ngeri sama ada pada mula-mula terlena ataupun ketika sedang nyenyak tidur.
Allah s.w.t. menjadikan manusia itu terdiri daripada tiga unsur utama, iaitu jasad, roh dan akal. Biarpun depress sering dikaitkan dengan reaksi kejiwaan seseorang akibat stress yang dialami, apabila berlaku simptom-simptom stress seperti rasa takut, gangguan tidur dan sebagainya, ia tidak mempunyai simptom-simptom lain seperti debaran jantung yang keras, sesak nafas, dingin, gementar dan tidak mengalami gangguan sistem pencernaan.
Apabila ada punca lain yang perlu dicari dan dianalisis, lebih-lebih lagi apabila masalah berlaku ketika tidur, rasa ditindih menyebabkan seseorang tidak bernafas, tidak boleh menjerit ataupun bersuara.
Pada ketika tertentu, seseorang itu melihat lembaga hitam seperti yang puan alami.
Pengalaman yang puan alami andainya ia berlaku, ia terjadi hanya sekali. Ia mungkin berlaku akibat kesan psikologi, dan apa yang dilihat hanya ilusi semata-mata. Walaupun demikian, apabila ia berlaku berulang kali, ada kemungkinan ia berlaku akibat daripada gangguan iblis dan syaitan.
Ketika tidur, jasad manusia berada di pembaringan. Akal manusia tetap wujud, tetapi tidak aktif, berfungsi atau mempunyai ikhtiar seperti ketika manusia dalam keadaan berjaga.
Ketika inilah makhluk yang asal kejadiannya daripada api menyerang manusia, iaitu menyerang roh tadi menyebabkan berlakunya gangguan-gangguan seperti mimpi-mimpi yang menakutkan.
Ilusi semata-mata sukar untuk dikaitkan dengan gangguan organ tubuh yang boleh menyebabkan seseorang itu terasa terhimpit atau tertindih, sukar bernafas, tidak boleh bergerak ataupun bersuara, tetapi boleh terjaga apabila dia berupaya membaca ayat al-Quran.
Menurut Abu Said al-Khudri r.a. dia pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang menyenangkan, maka itu adalah daripada Allah taala. Dia hendaklah memuji Allah kerananya dan boleh dia ceritakan mimpinya itu.
Menurut satu riwayat lain, jangan dia ceritakan akan mimpi itu kecuali kepada orang yang dia sukai. Dan apabila dia bermimpi sesuatu yang tidak disukai (buruk), itu adalah daripada syaitan, maka dia hendaklah berlindung daripada kejahatannya dan jangan dia ceritakan kepada seseorang kerana mimpi itu tidak memberi mudarat.
Mimpi ada tiga jenis, iaitu mimpi yang benar (wahyu) seperti mimpi yang berlaku kepada Nabi Ibrahim di mana Allah memerintahkannya agar menyembelih anaknya Ismail atau mimpi yang berlaku ke atas Rasulullah s.a.w. Jenis kedua ialah mimpi yang didatangkan oleh syaitan, dan jenis ketiga ialah mimpi mainan tidur.
Mimpi jenis kedua berlaku sama ada ketika seseorang itu hampir terlena seperti bermimpi diterkam oleh binatang buas, dilanggar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan dan sebagainya, ataupun berlaku ketika sedang tidur di mana seseorang itu melihat makhluk-makhluk yang menakutkan, binatang buas seperti ular dan harimau.
Pada kebiasaannya objek yang dilihat berupa hitam kerana hitam itu menakutkan, ataupun bermimpi berjumpa orang yang telah mati, melihat kubur, bermimpi jatuh dari tempat tinggi dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. berdasarkan sebuah hadis daripada Amr bin Syuaib daripada datuknya menyatakan sesungguhnya Rasulullah s.a.w. mengajar para sahabat ketika terkejut daripada tidur membaca kalimah-kalimah berikut (bermaksud): Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaan-Nya, daripada kejahatan hamba-hamba-Nya, daripada tipu daya syaitan dan daripada kedatangan mereka.
Rasulullah s.a.w. juga mengajar doa berikut untuk tujuan yang sama (bermaksud): Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada syaitan dan daripada keburukan mimpi.
Setelah membaca doa di atas, orang yang terlibat hendaklah mengubah posisi tidurnya. Kalau semasa bermimpi dia tidur mengiring sebelah kiri, dia hendaklah mengiring sebelah kanan, begitulah sebaliknya. Adalah lebih mudah andainya dia beralih tempat tidur. Demikianlah kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Sebuah hadis daripada Jabir, katanya Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Apabila seseorang daripada kamu bermimpi dengan mimpi yang tidak disukai, dia hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah daripada syaitan tiga kali, dan ia hendaklah menukar posisi tidurnya.
Berdasarkan hadis ini, sebelum mengubah posisi tidur, seseorang itu hendaklah meludah ke sebelah kiri tiga kali, kemudian berlindung kepada Allah tiga kali dan akhir sekali baru ubah posisi tidur. Yang dimaksudkan dengan ludah di sini ialah memadai hanya dengan mengeluarkan angin daripada mulut dalam keadaan seolah-olah meludah, tidak mengapa kalau terkeluar sedikit air ludahnya.
Andainya doa-doa yang dibaca dan petua-petua yang dijelaskan ini tidak mendatangkan hasil dan gangguan tetap datang, seseorang itu hendaklah bangun berwuduk kemudian sembahyang tahajud yang diikuti dengan sembahyang hajat. Mohon kepada Allah agar dilindungi daripada gangguan sama ada manusia, iblis dan syaitan atau kedua-duanya sekali.
Dalam usaha mengatasi gangguan tidur, sebelum tidur seseorang itu hendaklah berwuduk kemudian baru baring dan membaca Allahuakbar, Subhanallah dan alhamdulillah sebanyak 33 kali setiap satu. Demikianlah ajaran Rasulullah s.a.w. kepada Fatimah r.a. seperti yang terkandung dalam sebuah hadis daripada Ali.
Dalam sebuah hadis lain, daripada Sayyidatina Aishah dinyatakan bahawa Nabi s.a.w. ketika baring di tempat tidurnya setiap malam, baginda merapatkan kedua telapak tangannya kemudian meniupnya dengan mulutnya lalu membaca padanya Qulhuallahu ahad, Qul audhu bi rabbilfalaq dan Qul audhu bi rabbinas. Kemudian baginda menyapu kedua telapak tangannya itu ke seluruh badan seberapa boleh yang dimulakan daripada bahagian kepala, muka dan bahagian badan. Baginda melakukan demikian sebanyak tiga kali.
Amalan Rasulullah s.a.w. itu perlu dijadikan contoh ikutan oleh umatnya terutama mereka yang mempunyai masalah gangguan tidur.
Pada mereka yang bermasalah besar ketika tidur, seseorang itu perlu membaca ayat al-Kursi setelah melakukan kaedah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Baca ayat ini seberapa banyak yang boleh dan akhir sekali barulah serah diri kepada Allah s.w.t. sekurang-kurangnya menyebut doa (bermakna): Dengan menyebut nama-Mu ya Allah, ku hidup dan aku mati.
Dalam sebuah hadis daripada Qatadah dia berkata: Barang siapa membaca ayat al-Kursi ketika baring di tempat tidurnya, Allah akan mengutus kepadanya dua malaikat memeliharanya sehingga subuh.
Dalam sebuah hadis lain, daripada Ibn Masud, ia berkata, seorang lelaki telah berkata kepada baginda: Ya Rasulullah, ajarkan daku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat akan daku. Baginda menjawab: Baca ayat al-Kursi, maka sesungguhnya ia memelihara akan dikau, juga keluargamu, memelihara rumahmu, juga rumah-rumah di sekeliling rumahmu.
Sesetengah orang dalam keadaan tertentu tidak mengalami masalah tidur sekiranya dia tidak membaca doa-doa sebelum tidur, tetapi bermasalah atau masalahnya semakin teruk apabila dia berdoa. Dalam keadaan seperti ini dia hendaklah membaca doa-doa yang dibaca seperti dijelaskan di atas dengan lebih banyak.


© Utusan Melayu (M) Bhd 
Sumber : M.Z's Site & Utusan Online                                                            

0 comments :

Post a comment

Back To Top