Terkini
Loading...

IKlan

Gaun Pengantin Berusia 146 Tahun Dapat Ditemui Semula Atas Bantuan Orang Ramai


Gaun pengantin Tess Newall yang berusia 146 tahun yang hilang berjaya ditemui selepas statusnya di media sosial dikongsikan lebih 300,000 kali.
Gaun itu dikatakan hilang selepas ianya dihantarkan ke dobi untuk dicuci. 
Difahamkan, gaun pengantin tersebut begitu berharga buat mereka sekeluarga kerana ia dibuat khas oleh moyang Tess Newall iaitu Dora pada tahun 1870. 
Selepas majlis perkahwinan Tess berakhir, mereka terus menghantar gaun tersebut ke sebuah kedai dobi Kleen Cleaners yang terletak di Edinburgh, malangnya kedai dobi tersebut telah ditutup kerana bankrap.
Selepas status media sosial Tess menjadi viral, mereka telah menerima panggilan telefon daripada pemilik hartanah di situ selepas membaca kisah gaun tersebut. Ibu dan ayah Tess dibenarkan untuk masuk ke kedai itu untuk mencari gaun pengantin itu dan mereka berjaya menemui gaun tersebut yang masih belum dicuci lengkap dengan resit di dalam gaun berkenaan.
tess-newalltess-newall-dress547759-tess-newall-facebook-crop
stolen-wedding-dress-facebooklost-wedding-dress-found-shopad_234506778

Sumber : Sajakongsi

0 comments :

Post a comment

Back To Top