Terkini
Loading...

IKlan

Kekal sihat di tempat kerja? Ikuti tips ini



Anda seorang yang sangat sibuk bekerja? Focus terhadap pekerjaan sehingga menjejaskan kesihatan adalah kurang baik apatah lagi bersangkutan dengan kesihatan diri. Kebanyakan individu yang bekerja dalam pelbagai sektor, mengalamai masalah kesihatan yang amat membimbangkan. Oleh yang demikian, keseimbangan antara kerja dan kesihatan amat penting dan harus dipraktikkan.
Individu yang bekerja dan tidak mendapat rehat yang cukup akan mengalami simptom insomnia atau dikenali sebagai penyakit susah tidur. Keadaan ini akan menyebabkan  tubuh individu akan menjadi lemah dan mudah diserang penyakit, kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Oleh yang demikian, elakkan tubuh dan mental anda untuk bekerja di luar kemampuan diri anda. Jom ketahui tips penjagaan kesihatan yang mudah bagi mereka yang bekerja seharian.
1. Sarapan
Pengambilan sarapan sangat penting untuk tubuh anda bergerak aktif dan mendapat tenaga yang cukup, untuk permulaan hari anda. Harus didingatkan, sarapan yang diambil haruslah mengandungi gizi,serat dan karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh badan.
2. Kerap cuci tangan
Mesti anda berasa pelik bukan? Tetapi ianya memang benar, kekerapan cuci tangan perlu diamalkan. Seharian bekerja kita akan menyentuh pelbagai objek yang kita tidak ketahui, sama ada ia bersih atau tidak, apa lagi anda baru lepas makan atau keluar dari tandas. Oleh yang demikian, langkah terbaik ialah kerap cuci tangan anda mengunakan sabun pencuci tangan yang disyorkan.
3. Bersukan
Salah satu faktor penting untuk menjaga kesihatan dan stamina tubuh badan ialah dengan bersukan. Salah satu caranya, denga bersukan secara ringan seperti jalan-jalan selepas makan tengahari atau malam. Ia bukan sahaja dapat membakar kalori anda, malah meredakan stress dan stamina tubuh badan anda akan meningkat.
4. Bersenam dan sentiasa senyum
Lakukan senaman ringan ditempat kerja anda. Gunakan teknik arm strengthen. Anda hanya perlu duduk tegak di kerusi, dan bawa tangan anda ke hadapan, kemudian tegakkan tapak tangan anda ke atas. Anda juga boleh mengamalkan teknik wrist movement di mana anda masih lagi dalam kedudukan tegak. Rapatkan kedua-dua telapak tangan ke bawah dagu. Bengkokkan pinggang ke sebelah kiri anda, selama tiga hingga empat saat. Tegakkan semula badan dan bengkokkan semula pinggang ke sebelah kanan pula.
Teknik back twist pula memerlukan anda duduk tegak dan bukakan sedikit ruang di belakang di bahagian pinggul. Letakkan tangan kanan di belakang pinggul sebelah kiri. Pusingkan pinggang anda ke sebelah kiri dan kekalkan kedudukan itu hingga tiga hingga empat saat. Ulang langkah yang sama di sebelah kanan pula.
Selain itu, gunakan teknik senyum ,kerana senyuman adalah salah satu senaman yang boleh membahagiakan diri anda dan orang sekeliling. Dengan senyum sahaja kita mampu membahagiakan orang sekekliling, dan menghilangkan tekanan stres dan ketegangan suasana kerja di pejabat.
5. Rehat secukupnya
Cari peluang rehatkan diri anda dengan meluangkan masa bersama keluarga, seperti pergi bercuti, atau makan bersama keluarga bagi mengurangkan tekanan kerja yang membebankan diri anda.
Sumber : http://binainsan.com

0 comments :

Post a comment

Back To Top