Penyediaan sup jagung dan isi ketam ni mudah je sebenarnya. 10 minit macam tu dah siap.
Tak caye ? Ready bahan-bahan dan ikuti arahan di bawah . Confirm jadi , insyaAllah :)

Bahan-Bahan:
1 biji bawang Holland (potong dadu)
1 bungkus jejari/isi ketam
1 tin cendawan butang
1 tin jagung
300 gram isi ayam ( rebus dahulu kemudian carik halus isinya)
1 liter air rebusan ayam
1 mangkuk air
2 biji telur
1 ketul kiub pati ayam (pilihan)
Sedikit tepung jagung digaul dengan sedikit air



Cara Membuat:
Masukkan air rebusan ayam ke dalam periuk dan tambahkan dengan 1 mangkuk air, biarkan sehingga mendidih.
Selepas itu masukkan bawang yang telah didadu dan biarkan seketika.
Masukkan ayam yang telah dicarik,kiub pati ayam dan cendawan butang, gaul sebati.
Masukkan telur sedikit demi sedikit kedalam sup sambil tangan terus mengacau sup. Pastikan telur hancur dan tidak berketul-ketul untuk elak tekstur sup jadi tidak cantik.
Perasakan dengan garam, kemudian masukkan isi/jejari ketam dan jagung.
Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan gaul rata untuk menambah kepekatan sup.

Siap!


Selamat Mencuba :)