Terkini
Loading...

IKlan

Tips dan Cara Untuk Jimatkan Kos Majlis Perkahwinan Anda!




Bersederhanalah dalam melangsungkan majlis perkahwinan kerana duit itu lebih penting untuk digunakan selepas majlis perkahwinan nanti. Ikuti panduan ini.


Perancangan yang teliti amat perlu dalam menentukan sesebuah majlis perkahwinan itu berjalan lancar tanpa sebarang cacat cela. Tetapi, perkara paling penting perlu ditekankan ialah penjimatan dalam berbelanja. Ada yang berbelanja untuk majlis perkahwinan lebih daripada kos dan bajet yang telah ditetapkan. Untuk menjimatkan wang, ada beberapa pilihan yang anda boleh jadikan panduan supaya tidak berbelanja lebih daripada bajet.

1. Merancang lebih awal bagi setiap butiran yang akan dilakukan. Hotel dan katering biasanya akan mengenakan harga yang tinggi untuk apa-apa perubahan pada saat akhir.
2. Perhatikan ekspo perkahwinan dan periksa harga untuk pakej yang ditawarkan. Kebanyakan daripada pakej adalah agak mahal, jadi ambillah masa dan memilih serta merancang dengan bijak.
3. Jika ingin melangsungkan perkahwinan di sebuah hotel, bandingkan harga yang mereka tawarkan untuk majlis perkahwinan dan sentiasa berunding dengan harga yang terbaik.
Sumber: hafizudinhamdan.com
4. Untuk perkhidmatan fotografi dan videografi, tidak perlu untuk membuat album sebelum dan selepas berkahwin, jika anda merancang untuk berjimat-cermat. Tetapi jika pasangan anda berkeras untuk mempunyai salah satu daripadanya, cari harga yang paling rendah atau terbaik untuk perkhidmatan sesuai dengan bajet anda.
5. Untuk hantaran, anda boleh menghias hantaran dengan sendiri. Ia menyeronokkan dan anda boleh mendedahkan sisi kreatif serta menjimatkan wang ringgit.
Sumber: hafizudinhamdan.com
6. Dapatkan harga terbaik untuk kad jemputan perkahwinan anda dengan memilih kedai-kedai yang menyediakan harga paling murah dan memilih untuk membuatnya dalam jumlah yang besar. RM0.40 setiap satu dianggap murah. Sebagai alternatif, jika anda benar-benar ingin berjimat, hantarlah jemputan perkahwinan melalui Facebook. Hanya perlu mereka satu E-kad dan tag rakan-rakan anda. Ia mudah, dan percuma!
7. Untuk mengurangkan kos pakaian perkahwinan, pilih material yang betul. Jangan pilih pakaian yang mahal dengan manik-manik berat. Pilih bahan-bahan yang selesa dan mudah untuk dipakai. Anda juga boleh memilih untuk menyewa gaun pengantin.
Sumber: hafizudinhamdan.com
Tidak salah untuk berbelanja mewah pada hari istimewa anda tetapi anda perlulah mempunyai rancangan yang teliti dan tepat supaya tidak menyesal di kemudian hari lebih-lebih lagi selepas majlis perkahwinan itu selesai. Bijaklah dalam berbelanja!

0 comments :

Post a Comment

Back To Top