Terkini
Loading...

IKlan

Tips Kecantikan daripada makeup artist Puteri Diana


Dengan era yang semakin lama semakin maju ini, trend kecantikan juga merupakan antara yang sering berubah-ubah setiap masa.
Walaupun begitu, masih terdapat beberapa ikon kecantikan yang sehingga kini tetap disanjung oleh para-para peminat makeup, seperti Puteri Diana.
Baru-baru ini, makeup artisnya Lisa Eldrige telah berkongsi cara-cara bagaimana beliau melakukan makeup Puteri Diana pada suatu era dahulu.
  1. Pakai pelembap bibir dahulu sebelum yang lain.
lip-balm
Sebelum anda mulakan rutin makeup biasa anda seperti memakai foundation atau pelembap, pastikan anda pakai pelembap terlebih dahulu. Jika tidak anda akan menghadapi keadaan bibir yang sangat kering apabila mahu memakai gincu.
  1. Urut muka anda sebelum menggunakan produk penjagaan kulit
massage
Ini sangat bagus untuk otot-otot, tekanan, dan tegangan pada muka anda kerana ini akan membuatkan pengaliran darah anda berjalan dengan lebih baik.
  1. Untuk majlis-majlis istimewa, gunakan dua jenis foundation
foundatio
Untuk hasil yang lebih flawless, pilih foundation yang mempunyai tinted finish sebagai asas foundation anda. Kemudian pilih foundation yang mempunyai coverage yang lebih tinggi untuk lapisan yang kedua.
  1. Untuk concealer, guna foundation asas
concealer
Menurut Mary, ini untuk mendapatkan tekstur yang sama dan tidak membuatkan concealer anda kelihatan mempunyai tekstur yang berlainan.
5. Abaikan eyeliner yang gelap
bottom-liner
Menurut Mary, dia akan abaikan penggunaan eyeliner untuk Puteri Diana kerana beliau mahukan makeup yang lembut.
Sebaliknya, pilih eyeshadow bewarna coklat dan sapu pada kawasan yang dekat dengan akar bulu mata anda untuk kelihatan lebih lembut.
6. Maskara sebelum eyeshadow
mascara
Bagi Mary, mascara akan menentukan berapa banyak eyeshadow yang anda perlukan. Jika mascara yang digunakan kelihatan lebih tebal atau nipis, ini akan memudahkan kerja anda untuk menentukan bagaimana anda perlu memakai eyeshadow.

7. Guna berus gigi untuk kening anda
eyebrows
Pakai gel kening (brow gel) yang anda ada dalam gerakan ke atas, kemudian ambil berus gigi dan berus dengan lembut ke bawah bulu-bulu kening anda.

8. Blend, blend dan blend
princess_diana_makeup_secrets
Dalam apa jua tips makeup sekalipun, blending adalah perkara yang sangat penting sekiranya anda mahu makeup yang sempurna. Jadi jangan malas untuk terus blend sehingga makeup itu kelihatan satu dengan muka anda.
Sumber: Goodhousekeeping

0 comments :

Post a comment

Back To Top