Terkini
Loading...

IKlan

TIPS UNTUK ANAK KEKAL SIHAT DI SEKOLAH




Kanak-kanak terdedah kepada pelbagai jenis ancaman dan bahaya semasa berada di luar rumah. Sebagai ibu bapa, tentu kita inginkan anak-anak kekal sihat dan cergas tanpa sebarang penyakit. Namun hal ini menjadi sedikit sukar apabila anak berada di luar kawalan kita. Contohnya, apabila mereka ke sekolah.

Jom follow 15 tips ini agar anak kekal sihat di sekolah!
#1 Ambil sarapan pagi

         Sarapan adalah penting bagi memastikan anak bertenaga untuk menjalankan aktiviti
harian. Kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan biasanya akan mudah berasa penat
dan lesu. Ini boleh menjejaskan tumpuan mereka ketika belajar dan sekaligus   menjejaskan prestasi anak di sekolah. Jadi, pastikan anak anda bersarapan sebelum ke sekolah agar dia boleh memberikan tumpuan penuh pada pelajaran.
#2 Kerap basuh tangan

Jadikan membasuh tangan sebagai rutin kerana ia merupakan tempat yang paling banyak mengandungi bakteria. Ajar anak cara membasuh tangan yang betul dengan menggunakan air dan sabun. Ini penting untuk mengelakkan bakteria merebak apabila mereka menyentuh mata, hidung dan mulut yang mudah dijangkiti penyakit.


  • Gunakan hand sanitiser

Pastikan anak anda membawa hand sanitiser ke sekolah. Ia dapat melindungi tangan
dari bakteria. Ajar anak untuk menggunakan hand sanitiser selepas membasuh tangan agar dia kurang terdedah kepada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Hand sanitiser juga penting untuk digunakan semasa ketiadaan air atau sabun.


  • Elakkan sentuh mata, hidung dan mulut

Terangkan kepada anak supaya kurang menyentuh mata, hidung dan mulut dengan
tangan kerana ia paling banyak bakteria membiak. Jika perlu, gunakan tisu bagi
mengurangkan potensi bakteria memasuki badan.


  • Bekalkan makanan sihat dan seimbang

Makanan yang dibeli di kantin sekolah biasanya mengandungi perasa dan pewarna tiruan
  yang tidak sihat untuk tumbesaran kanak-kanak. Contohnya makanan segera dan
bergoreng yang menjadi kegemaran mereka seperti nugget, ayam goreng dan
sebagainya. Jadi apa kata luangkan sedikit masa setiap pagi dan siapkan bekal anak anda dengan makanan yang berkhasiat dan seimbang? Bukan sahaja dapat mengelakkan anak dari jatuh sakit malah dapat menjimatkan wang.


  • Makan dengan sudu dan garfu

Elakkan anak dari makan dengan tangan bagi mengelakkan bakteria masuk ke mulut.
Galakkan mereka makan dengan menggunakan perkakas seperti sudu dan garfu bagi mengurangkan potensi mendapat penyakit. Namun jika mereka lebih selesa menggunakan tangan, nasihati anak anda supaya membasuh tangan dengan cara yang betul sebelum makan. Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.


  • Minum air kosong

Biasakan anak-anak membawa sebotol bekas air masak ke sekolah. Mungkin ada yang
tidak sedar bahawa air kosong membantu dalam proses pengangkutan darah ke seluruh
badan. Pengangkutan darah yang efektif akan membawa oksigen ke seluruh badan
sehingga ke otak. Oksigen yang cukup untuk badan seterusnya menyebabkan otak
anak anda menjadi cerdas dan pintar. selain memastikan badan sentiasa terhidrat serta
mengelakkan sembelit.


  • Jangan kongsi minuman

Kebanyakan kanak-kanak mudah berkongsi minuman atau makanan dengan rakan di
sekolah. Terangkan kepada anak tentang bahaya berkongsi minuman atau perkakas seperti sudu garfu. Ini kerana bakteria mudah merebak melalui air liur dan mulut yang boleh menyebabkan jangkitan penyakit.


  • Cara bersin yang betul

Menutup mulut ketika bersin adalah penting. Ajar anak untuk menutup mulut dengan siku
berbanding tangan ketika bersin bagi mengurangkan risiko bakteria dari masuk ke mulut.
Cara ini merupakan alternatif terbaik jika tiada tisu atau sapu tangan.


  • Bersukan

Belajar boleh memenatkan kanak-kanak kerana tumpuan penuh yang diberikan semasa
proses pembelajaran. Selain itu, duduk terlampau lama juga boleh menyebabkan penyakit seperti strok kerana kurang pergerakan anggota badan. Galakkan anak untuk bersukan supaya badan dan minda mereka kekal sihat dan cergas selain meningkatkan sistem imuniti.  


  • Pakai payung atau topi

Galakkan anak untuk memakai payung atau topi sekiranya mereka berjalan kaki ke
sekolah ketika cuaca panas. Ini bertujuan untuk melindungi daripada pancaran haba
terus ke badan yang boleh mengakibatkan sakit kepala atau demam.


  • Persekitaran sekolah yang bersih

Ibu bapa perlu rajin melawat kawasan persekitaran sekolah anak. Melalui cara ini, anda
dapat melaporkan kepada pihak sekolah jika ada sebarang isu seperti longkang
tersumbat, kekurangan makanan berkhasiat di kantin sekolah dan sebagainya. Cara ini
sedikit sebanyak dapat menyelamatkan anak anda dari ancaman bahaya penyakit.


  • Disiplinkan waktu tidur

Latih anak untuk tidur secara teratur setiap hari pada waktu yang sama setiap malam. Ini
dapat membantu anak untuk lebih berdisiplin serta lebih sihat dan terhindar daripada
mudah mendapat penyakit. Pastikan anak mendapat tidur dan rehat yang cukup
selama 10 – 12 jam sehari agar dia segar ketika bangun pagi.


  • Pengambilan vaksin

Vaksin sangat penting kepada anak-anak kerana mereka merupakan kelompok yang
sentiasa terdedah kepada penyakit. Pastikan anak ada mendapat vaksin mencegah
jangkitan bakteria dan virus yang kini terdapat di dalam program imunisasi Kementerian
Kesihatan Malaysia. Ini penting supaya badan anak anda dapat melawan kuman yang berjangkit pada badan sekali gus mencegah daripada penyakit berbahaya.


  • Beri supplemen tambahan

Cara terbaik memastikan anak-anak mendapat sumber vitamin dan mineral yang cukup
selain dari pemakanan sihat dan seimbang adalah dengan memberikan supplemen
tambahan. Biokare adalah satu-satunya produk supplemen untuk minda dan imuniti
kanak-kanak yang berupaya meningkatkan tahap IQ dan sistem imuniti melalui formulasi
lengkap dengan nutrisi seimbang daripada lebih 10 makanan sunnah dan herba terbaik
dunia iaitu Probiotik, ekstrak kurma, vitamin C, ekstrak ginkgo biloba, DHA, ekstrak
za’faran, esktrak delima, L-Lysin, madu, Bacopa Moniera dan susu lembu.

Sumber : Gstar

0 comments :

Post a Comment

Back To Top