Terkini
Loading...

IKlan

4 Cara Mencantikkan Kuku Anda Secara Semulajadi


Nak nampak cantik bukan hanya fokus pada bahagian wajah dan tubuh badan sahaja . Kecantikkan dan kebersihan kuku tangan dan kuku kaki juga perlu diambil kira. Yelah , penampilan yang cantik , kemas serta bersih amat penting dalam meningkatkan keyakinan dalam diri .
Ini antara cara mudah untuk memiliki kuku sihat dan putih tanpa perlu berbelanja banyak , buat kat rumah gitu .
Limau Nipis
Belah dua limau nipis . Gosok kat  kuku anda dan biarkan selama beberapa minit . Kemudian , bilas dengan air . 
Bawang Putih
Kupas bawang putih dan bersihkannya . Tumbuk bawang putih tu sampai lumat dan gosok pada kuku . Kemudian bilas sehingga bersih . Kuku anda akan nampak lebih sihat dan serta berkilat . Bawang putih mampu mengatasi masalah kuku mudah rapuh .
Lemon
Lemon mengandungi vitamin C yang tinggi , ia mampu menjadi kuku lebih sihat , cantik dan berkilat . Sapukan hirisan lemon pada kuku anda dan biarkan selama beberapa minit . Kemudian bilas . Lemon dapat membantu mengatasi masalah kuku kuning .
Kulit Tembikai
Gosok kulit buah tembikai pada kuku anda . Biarkan ia mengering terlebih dahulu . Kemudian , cuci dengan air sehingga bersih .
Selamat mencuba !
Sumber: EH!/SajaKongsi

0 comments :

Post a Comment

Back To Top