Terkini
Loading...

IKlan

9 Cara Hilangkan Bibir Hitam Secara Semulajadi



Bibir hitam kebiasaanya dikaitkan dengan tabiat merokok. Nikotin yang terdapat di dalam rokok dikatakan punca bibir berubah warna menjadi kehitam-hitaman. Namun, tak semua yang berbibir hitam disebabkan merokok.
Buat anda yang menghadapi masalah ini, bolehlah cuba cara berikut. Lepas ni tak perlu pakai lipstick tebal-tebal lagi. Selamat mencuba !
1. Kurangkan Pengambilan Kafein
Elakkan dari minum kopi atau teh secara berlebihan. Ianya bukan hanya menjadikan bibir anda hitam malah ia juga akan menjadikan gigi anda kuning.
2. Kurangkan Dari Terkena Pancaran Matahari Yang Terik
Sapukan produk penjagaan bibir sebelum keluar rumah.
3. Jenis Lipstick Yang Digunakan 
Sebaiknya gunakan lipstick yang mengandungi butter, shea butter, minyak jojoba atau vitamin E kerana ia membantu anda melembabkan bibir serta melindungi bibir.
4. Gunakan Makeup Remover Yang Berkualiti
Pastikan anda menggunakan lip makeup remover yang berkualiti bagi mencegah dari bibi anda kering.
5. Buat Skrub Bibir Sendiri
Letak sedikit pada berus gigi anda dan gosok berus tersebut secara perlahan pada bibir.
Cara ini dapat membuang sel-sel mati yang rosak atau kering daripada bibir.
6. Minum Air
Minum air secukupnya untuk memastikan kulit anda sentiasa lembap dan tidka kering. Apabila kulit kering, bibir akan menjadi kering dan hitam.
7. Urut Bibir Anda Sekerap Yang Mungkin
Bibir yang selalu diurut akan kekal merah. Ambil satu kiub ais dan letak dalam kain lembut. Urut selama 5 minit, setiap hari.
8. Elak Air Berklorin 
Bilas bibir dengan bersih selepas anda pergi berenang kerana klorin juga bertindak mengurangkan pigmentasi dalam bibir.
9.Guna Cara Semulajadi Untuk Hilangkan Warna Gelap
  • Sapu yogurt atau krim pekat atau kedua-duanya
  • Tambah sedikit gula pada minyak zaitun dan sapu pada bibir seminggu sekali
  • Sapu gel aloe vera

Sumber: Sirap Limau/Sajakongsi

0 comments :

Post a Comment

Back To Top