Terkini
Loading...

IKlan

Bapa Sibuk Sangat, Anak Tulis Surat Ke Bos Minta Cuti


Gambar hiasan. Kredit today.com
Bosan dengan jadual bapanya yang sering sibuk dengan kerja, kanak-kanak berusia 8 tahun ini betindak menulis surat kepada majikan bapanya.
Plan untuk pergi bercuti ketika musim cuti sekolah seperti tidak menjadi kenyataan memandangkan musim cuti semakin berakhir dan disebabkan itu dia nekad untuk menulis surat tersebut.
“Orang yang tidak pergi bercuti ketika musim cuti panas adalah bodoh”, tulis anaknya.
Di dalam surat itu juga dia meminta agar mereka membenarkan bapanya untuk bercuti beberapa hari supaya mereka sekeluarga boleh pergi bercuti. Dia turut memberitahu bahawa kawan baiknya sudahpun pergi bercuti bersama keluarga mereka.
Surat itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh Charlie Young yang dipercayai bapa kepada kanak-kanak itu.
Yang pasti Young tidak akan menyerahkan surat tersebut kepada majikannya. Malah, dia akan mencari masa untuk pergi bercuti bersama keluarganya sebelum musim panas berakhir.

0 comments :

Post a Comment

Back To Top