Terkini
Loading...

IKlan

Resepi Keropok Lekor Mudah dan Sedap (Homemade)

Keropok Lekor adalah makanan popular di pantai timur Malaysia. Terengganu antara negeri yang popular dengan keropok lekor. Asas bahan keropok lekor adalah ikan yang mempunyai banyak kelebihan terutama untuk perkembangan otak.
Berikut adalah resepi homemade keropok lekor yang mudah untuk di ikut dalam sukatan kecil.

KEROPOK LEKOR (ihsan resepi dari Amalia Bundawidya)

Bahan-bahan:
1 mangkuk Ikan kembung / selayang. Ambil isi shj dan buang kulit nipis & tulangnya.
1/2 mangkuk Tepung Ubi / Sagu
2 sudu makan tepung gandum 
Sedikit garam & bahan perasa (jika menggunakan)

Cara-cara:


1. Kisar isi ikan sampai halus menggunakan food processor. Jika guna blender, tambah sesudu dua air utk mudahkan proses mengisar.
2. Gaulkan semua bahan kering -tepung dgn garam, masukkan dalam mangkuk isi ikan dan uli sampai jadi doh. Doh memang lembut (sangat lembut), tp inilah yg akan menghasilkan keropok yg lembut juga & sedap -lebih isi ikan, kurang tepung. So, don’t worry!
3. Didihkan air dalam periuk untuk merebus.
4. Taburkan sedikit tepung (tambahan atau lebihan dr sukatan td) pada tangan dan papan pencanai. Kepal sedikit doh ikan dan bentukkan memanjang. Golekkan atas papan pencanai sehingga dpt bentuk doh yg panjang. .

5. Rebus doh yg sudah dibentuk tadi sehingga masak (timbul ke permukaan air rebusan). Angkat, tos airnya dan boleh dihidang dengan sos pencicah.
.
*keropok lekor yg sudah direbus boleh disimpan beku. Jika tak gemar keropok lekor rebus, boleh digoreng seperti kebiasaannya.
Ibu-ibu yang sukar dapatkan keropok lekor di bandar-bandar, boleh buat sendiri mengikut sukatan dan kelembutan yang boleh di’adjust’ ikut kegemaran sendiri

Tips Tambahan

[Proses membuat Keropok Lekor]
Ada sebab kenapa perlu tambah ketulan air batu sewaktu mengadun isi ikan dan tepung. Ketulan ais bukan air dingin, ya. Berbeza keduanya.
Ini bagi memudahkan kerja mengadun supaya doh tidak melekat pada tangan / bekas.
Sepertinya kita menambahkan minyak atau butter sewaktu mengadun doh roti.
Selamat mencuba



Kredit : TipsSihatSelalu,com

0 comments :

Post a Comment

Back To Top