Terkini
Loading...

IKlan

Resepi Sup Cendawan Mudah dan Cepat


+ Cendawan Shitake/ Any cendawan pon boleh
+ Mentega
+ 1 kotak Cooking Cream
+ 3 sudu tepung gandum
+ Bawang besar dipotong kecil-kecil
+ 1 bawang putih diketuk
+ 1 kiub ayam (iday letak air panas, supaya dia larut) - Air 1 liter ye.
+ lada hitam and garam secukupnya
+ daun parsley (optional)

Korang boleh potong cendawan tu macam ni :



Yang potong kecil-kecil, untuk jadi kuah sup. Hehehe 


Cara-caranya :

1. Panaskan kuali then letak mentega. Boleh letakkan 2 sudu mentega (planta)



2. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu, jangan sampai berubah warna atau hangus ye.



3. Letakkan cendawan yang dipotong kecil-kecil tadi. Kacau seketika

4. Masukkan 3 sudu besar tepung gandum

5. Masukkan Stok Ayam/ Kiub Ayam yang dibancuh dengan air tadi , kacau sebati dan biarkan sampai mendidih

6. Lepas mendidih, biarkan seketika sampai sejuk. Kemudian blend  or guna food processor. Ikut la, kalau nak lumat sampai halus tu  boleh, nak kasar pon boleh. Hehehe

7. Masukkan kembali sup yang diblend tadi, masukkan kan cooking cream and letak cendawan yang dipotong nipis tadi. Kacau-kacau sup cendawan. 




8. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Kemudia taburkan daun parsley. 

SIAP! :)

Kan dah cakap, senang sangat! 

Selamat mencuba ye! Makan dengan Garlic Bread! Memang Ngam! Hehehe


Sedapnyaaaa!! :)





Kredit : sayaiday.com

0 comments :

Post a Comment

Back To Top