Terkini
Loading...

IKlan

Soto Jawa utk hidangan keluarga


Assalammualaikum semua

Siapa pernah makan soto ?
Sedap tak ? Nak try ? boleh tengok resepi di bawah :)
Selamat mencuba ...



Nak lagi sedap bila mkn soto....kena letak sambal kicap...perah limau, mmg licin pinggan...
Selalu masak guna resepi Soto Jawa ambil dari buku masakan lama.

Soto Jawa
Resepi; Buku Sajian Perantau
Dioleh semula oleh; Dapurmamasya

Bahan2 utk kuah Soto
1/2 ekor ayam - potong saiz sed dan diperap dgn garam dan kunyit. 
1 mangkuk tulang ayam/kerangka ayam/mana2 bahagian ayam yg tak da isi sgt 
2 hiris lengkuas 
2 btg serai - ketuk & belah 2
5 helai daun limau purut
sedikit serbuk pala- tak letak
1 sudu teh serbuk kunyit
*tambah - 1/2-1 kiub ayam (jika suka)
- 3-4 btg daun bawang
- serbuk lada sulah secukupnya
minyak utk menumis dan mengoreng
garam dan air secukupnya (air anggaran 5 mangkuk )

bahan utk tumis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis

bahan tumbuk 
4-6 biji buah keras 
1 sm lada hitam biji - boleh ganti serbuk lada sulah
5 ulas bawang putih 
1 inci halia muda, ditumbuk
1 sm jintan putih
1 sm jintan manis
2 sm ketumbar

Rampaian Soto
telur rebus
bwg goreng
hirisan daun bwg dan daun sup
taugeh, limau nipis/kasturi
suhun goreng 
kacang goreng

Cara
1. Goreng ayam sampai masak.Minyak simpan utk goreng bawang dan pegedil nanti
2. Panaskan minyak baru.Tumiskan bahan tumis (kecuali serbuk lada sulah -jika guna) dan yang ditumbuk sehingga garing sedikit.
3. Masukkan bhg ayam yg bertulang, kacau seketika dan masukkan sedikit air dan kunyit serbuk. biarkan mereneh seketika. Tambahkan air secukupnya.
4. Masukkan ayam yg dah digoreng dan semua bahan lain.rebus hingga mendidih. perasakan garam dan lada sulah.
5. Angkat ayam dan siat2kan isinya.



Pegedil ni wpun tak letak daging cincang spt resepi asal tapi tetap sedap.
Caranya...kentang yg dipotong dan pegedil digoreng dlm minyak gorengan ayam dan bawang goreng.

Pegedil Ringkas
4 biji kentang kuning, sederhana besar (dlm 1/2 kg) 
1/2 labu bawang besar - dihiris/cincang
sedikit lada sulah
sedikit daun bawang dan daun sup-potong halus
sedikit garam
2 biji telur - 1 utk campur & 1 biji utk celup(pukul sikit) 
minyak utk menggoreng

Cara
1. Goreng bawang besar dlm minyak gorengan ayam. toskan
2. Kentang dihiris dan digoreng hingga empuk dlm minyak gorengan ayam dan bwg tadi hingga kekuningan.kemudian ditumbuk
3.Gaulkan semua bahan dg sebiji telur.kepalkan menjadi bebola kecil yg leper sedikit.
4. Celup bebola tersebut dlm telur . 
4.Goreng hingga perang dlm minyak yg sama,minyak gorengan ayam & bawang.toskan.
(edited 3.12.2011)



sambal kicap kena ada....penambah sedap!

Sambal kicap
5 biji cili padi 
1 ulas bawang putih 
1 biji limau nipis/2 biji limau kasturi
3-4 sudu kicap manis
garam

Cara
1. Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat
2. Masukkan kicap dan perahkan limau. kacau



Soto antara makanan yg tak pernah jemu wpun ulang2 mkn....kalau masak mmg berbaloi,seisi keluarga suka mkn.Biasa kalau buat jamuan.... soto antara menu utama.....semua tetamu makan.....




Kredit : Dapur Mamasya

0 comments :

Post a Comment

Back To Top