Terkini
Loading...

IKlan

Tweet-tweet Lucu Dari Gadis Negara Jiran 'Cair' Dengan Menteri Belia Dan Sukan , Khairy Jamaluddin Atau KJ .


Terkenal dengan gelaran 'tall, dark and handsome', siapa yang dapat menafikan aura Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin atau KJ.

Fenomena KJ sudah lama melanda negara ini, tapi siapa sangka, demam itu nampaknya sudah mula menular ke negara jiran, Indonesia, khususnya dalam kalangan gadis-gadis, tulis Sinar Harian.

Semuanya gara-gara kes bendera terbalik di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang sedang berlangsung kini.

Walaupun ia agak pahit untuk rakyat Indonesia menerima insiden itu, namun selepas melihat sendiri kekacakan yang dimiliki KJ ketika pertemuan dengan Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi, ia sekurang-kurangnya mengubat hati mereka.

Laman sosial di negara jiran itu mula dibanjiri dengan status-status 'nakal' netizen yang memuji KJ sehingga menenggelamkan isu bendera terbalik.

Malah, ada netizen negara itu yang secara bergurau mengatakan hikmah di sebalik insiden itu ialah membolehkan mereka mengenali KJ.

Ada juga yang menyatakan tidak boleh fokus kerana hatinya sudah diambil. 


Antara status yang mencuit hati dari netizen Indonesia.







Selain menjadi menteri yang bertanggungjawab untuk acara dwi tahunan itu, KJ juga mewakili Malaysia dalam acara ekuestrian polo.

Pasukan KJ juga telah berhasil menewaskan pasukan Brunei yang turut disertai Putera Abdul Mateen Bolkiah dalam perlawanan kelmarin. - 

Sumber :- Siakap Keli

0 comments :

Post a Comment

Back To Top